Thursday, December 27, 2012

KARI KEPALA IKAN

Assalamualaikum

mmmm..alhamdulillah..kenyang duk makan kari kepala ikan ni.. Buat sendiri je, kalau beli konpem mahalkan.huhu..Ntah ikan apa, tak ingat dah nama ye. Ikan ni dapat daripada saudara en husben, Ayah su. Ye pergi mengail kat sarawak seminggu sebulan raya korban hari tu. Banyak juga ikan yang ye dapat, so ni ye bahagi le..fresh lagi masa dapat tau. Memang best.. 

Semua bahan n mula-mula masak Qienah yang siapkan. Yang menyudakanhnya, letak garam n rasa-rasa en husben. Masa ni aleesya menangis, duduk dengan baba yepun tak nak. So, mama ye pegang..kasi susu terus  senyap..lapar rupanye dia.anak mama..anak mama..

Resepi ye senang je.sape nak?hihi..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 25, 2012

KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum


Hujung-hujung tahun banyak le kendurikan. Untuk hujung tahunni qienah sempat pergi kenduri kahwin sahabat lama masa Uitm Shah Alam dulu, rumahnya di klang je.. Kira dekat je pergi, kira 1st time Aleesya g knduri kawan mama nya. Ikut tema lak Aleesya ye, sama dengan pengantin, baju PINK tu. hihi.Buat intan & suami : 
Selamat pengantin baru n semoga bebahagia. Semoga cepat-cepat dapat anak juga ye. Aminn


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, December 24, 2012

ADA CIRI-CIRI SUAMI KORANG KE

Assalamualaikum..

Terbaca di blog sorang rakan, so qienah nak share juga le.hihi. Sama-sama kita baca n peratikan si suami kita ye.hihi.. Tak suami, adik lelaki or abang-abang kita.Lebih kurang je perangai..


Lama dalam toilet
Suami yang merokok, bermain PSP, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan toilet. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil
Masalah ini memang yang selalu dilakukan oleh suami. Sesudah mandi, di situ berpakaian, di situlah juga ditinggalkan tualanya. yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan".

Baju kotor merata tempat 
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh."

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya.


Hihi..Kadang-kadang ada juga betul ye tapi tak semua ler.. Memang ada juga geramnya tapi nak buat camne. Yang penting, berolak ansur le.. Setiap orang ada perangainya... :P




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, December 23, 2012

SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013

Assalamualaikum..

Lama tak join segmen camni. Jom sama-sama kita join..Boleh tambah rakan n kenalankan.. Nanti boleh juga baca entry yang menarik..So, apa lagi..

klik banner comelni untuk join juga ye.

TAMAT : 
31 DECEMBER 2012


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, December 19, 2012

ALEESYA DAH BOTAK

Assalamualaikum..

2Minggu lepas dah setle majlis akikah n cukur jambu Aleesya..Buat kecil-kecil je di kampung en husben. Jemput saudara mara n jiran terdekat  je.Alhmdulillah ramai yang datang.. Meriah juga..Rezeki pun murah.Terima kasih semua..


2hari lepas majlis, mama n baba Aleesya yang botakkan rambut.. mula tak berani tapi baba kata boleh.. Botak juga akhirnya.


Tadaa.. Botak dah.. cam boy lak.hihi..

So, nak nampak girl, pakai headband dah.. dibeli oleh cik farrah ye..Cantik je.. Nanti mama nak buat headband untuk leesya juga le.. ^_^

* Tak de lak picture masa majlis tu.. Dengan adik ipar ada tapi tak sempat ambil.huhu..






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 4, 2012

DURIAN CREPE

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dapat juga merasa durian crepe ni. Best juga tau.. Tapi memang best makan durian saja le.hihi. Ni adik qienah order kat facebook.. order semalam, hari ni dah boleh ambil. sekejab je. so nak makan lagi n banyak-banyak boleh try buat sendiri le pulak. Untung buat sendiri. Jimat juga, tadi beli RM10 dapat 6biji. Lagipun tengok resepi  kat blog-blog macam senang je.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, December 1, 2012

JANGAN TIUP AIR PANAS

Assalamualaikum..

Suka minum air panas? Mesti ramai suka minum air sejuk kan.kan.nak-nak yang berais..untuk hilang dahaga le katanya. Tapi yang bagus minum air panas or suam.. Tapi itulah, kalau minum yang panas, mesti nak tiup, kasi cepat sejuk. huhu.. Ni de sikit info, amik dari fb.. sharing kan bagus..


Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Beliau tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yang dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2) maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung. Subhanallah, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanafaat. Wallahu'alam...

Sama le dengan mak qienah, dari kecik lagi selalu juga marah tiup-tiup air panas ni..cikgu science le katakan..hihi..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, November 30, 2012

KIDS BACPACKS

Assalamualaikum..

Comel tak, memang comel-comel jekan begni.. Kenang pulak, boleh beli untuk Aleesya tapi baba ye dah beli hari tu, so tengok je le.. Cuci mata orang kata.hihi..

lady bird n peguin

Yangni paling kenang.. comel sesangat..

Yangni comel jugak..

Tapi itulah, harga ye pun boleh tahan. huhu.. Kalau dapat hadiah begnikan untung, betol tak? siapa nak kasi tu ye.hihi..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, November 25, 2012

CINTA SUAMI ISTERI


Assalamualaikum..

Sayang tak suami or isteri korang? mestilah sayangkan. So, qienah nak share tip ni.. khas untuk yang dah kahwin, yang belum jangan ngade-ngade pulak. 



  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah.
  • Luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sibuk macam manapun, sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama .
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

Mudah jekan. Sama-sama kita amalkan..^_^




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, November 23, 2012

ALEESYA SEBULAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sebulan dah aleesya..


Semalam pergi cucuk untuk sebulan.. Lepas balik je dari klinik, Aleesya nyusu pastu terus tidur.. Kecik lagi Aleesya ye, nurse klinik cakap cam budak baru lahir. huhu. berat Aleesya tak naik sangat. Dari 2.15kg jadi 2.4kg je.huhu. Hope bulan depan naik le berat Aleesya. Baru boleh bawa Aleesya jalan-jalan. Tapi bagus Aleesya ni, kena cucuk menangis sekejab je. Bagus anak mama ni.huhu. Nanti sebulan pergi cucuk lagi, mayb dah balik puchong time tu.. Semoga Aleesya membesar dengan baik ye. Aminn.







LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, November 17, 2012

SAVE THEM

Assalamualaikum..


Sama-sama kita berdoa untuk mereka.. Ya Allah, please save them..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, November 16, 2012

MANDIAN HERBA BERSALIN TYT

Assalamualaikum..

Inilah mandian yang qienah duk pakai time pantangni.. semua mak yang carikan.. dah empat kotak beli. Tak mahalpun, qienah guna berulang kali gak.hihi.. Best juga mandi ni..wangi je.hihi.. kira ni mandi serum le. yang pasti boleh menyegarkan.

Kelebihan mandiani boleh meningkatkan edaran darah, menghilangkan angin badan n mengukuhkan otot dan sendi. So, cubalah..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Assalamualaikum..


Alhamdulillah masih hidup kita di dunia ini. Qienah ucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH ye semua. Dah tahun baru kita kan. Semoga tahun baru ini memberi sinar n membawa kebaikkan kepada kita semua. AMEEN. Jangan lupa baca doa awal tahun n akhir tahun ye.-DOA-


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, November 12, 2012

ALEESYA SIHAT

Assalamualaikum..

Baba saya punya keje..

Alhamdulillah, aleesya dah sembuh or kurang dah kuning. Nurse cakap normal dah. So, dah tak perlu ke klinik kesihatan lagi untuk amik darah.. Kesian anak mama ni, kecik-kecik dah kena amik darah. huhu. 21hb ni pulak ke klinik kesihatan kat rumah ni untuk pemeriksaan sebulan n cucuk. Mama pun kena  cek juga nanti ye.. ^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, November 6, 2012

ALEESYA KENA KUNING

Assalamualaikum

Dah dua minggu aleesya di dunia hari ini. Alhamdulillah kesihatannya sentiasa baik tapi minggu lepas kami diduga dengan penyakit kuning (jaundice). 

macamni le baby aleesya duduk bawah lampu, sian pulak..panas...

Nurse datang check kate kuning, so petang tu nurse suruh bawa pergi Klinik Kesihatan Kuala Dungun. Check kuningnya memang tinggi, so doctor suruh pergi hospital dungun..Kena tahan wad. huhu. Di hospital dungun sekejap je, doctor sana check makin tinggi, so ye sarankan ke hospital KT ( Hospital Sultanah Nur Zahirah)  kerana sana ada pakar. Maybe baby aleesya kena tukar darah..

Sampai-sampai terus doctor check n kata kena tukar darah, qienah ni yang blur n tak tau apa. ikut je.huhu.. sian anak mama... sedih tengok kena cucuk-cucuk. Lama juga proses tu, dalam 2-3 jam. kira baby aleesya kena puasa semasa proses tu.. Alhmadulillah baby aleesya semakin ok tapi itulah, baby aleesya duduk wad baby di tingkat 6 n mama nya lak di wad menunggu bayi di tingkat 5.. berulang naik turun le untuk kasi susu huhu. Ya Allah, dugaan tol.

Apapun, alhamdulillah hari ke 3 dah boleh balik, kuningnya dah turun tapi still ada kuning.. sekarang kena follow up check kuning di KK Kuala Dungun. Hope cepat le baby aleesya sembuh ye.. Doakan baby qienah sentiasa baik n sihat ye.. ^_^




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, November 1, 2012

MY BABY

Assalamualakum..

Tadaa.inilah baby Qienah


NUR ZARA ALEESYA BINTI MOHD ZHAFRI
22 OCTOBER 2012
2.15kg..

Alhamdulillah.. semoa anak mama akan menjadi insan yang soleh wa musleh. ameen..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, October 11, 2012

DOA UNTUK KANDUNGAN SIHAT & SELAMAT

Assalamualaikum..

Kalini qienah nak share doa terutamanya untuk si ibu-ibu yang mengandung. Jom sama-sama kita membaca dan amalkan..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Nak banyak doa lagi boleh ke blog ~ http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ~




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, October 10, 2012

SAYA ADA LAPTOP

Assalamualaikum..

curi picture dari google..


Jeng..jeng..
Qienah dah ada lapto sekarang.hihi..Thank en bobos kerana sudi beli laptop untuk saya ye..Dapat qienah nak online n update blogni time en bobos g kerja. Tak de le tunggu en bobos balik keje nak pinjam laptop.hihi.. Lagi satu, tak de le puas sangat duduk rumah sorang-sorangkan.hihi.. So, thank you sayang..^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, October 2, 2012

MODAL BERJUMPA ALLAH s.w.t

Assalamualaikum..


Rakaat    :     Waktu
      2               SUBUH
       4                ZOHOR
     4                  ASAR
        3             MAGHRIB
   4                ISYA'

Alhamdulillah sekarang cukup solatku cuma perlu banyak lagi diperbaiki..Yang penting, jangan melengah-lengahkan solat n semoga semua solat ini diterima  olehNYA..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, September 26, 2012

BARUT BABY

Assalamualaikum..

Ni nak share barut baby.. Qienah jahit sendiri..Lama dah jahit, tak silap masa puasa hari tu. Ada masa terluang sikit, jadi rajin le sekejab tapi harini baru ada masa nak share.hihi.. Mudah je nak buatnya...kalau korang mahu buat juga, try le..Qienah amik tutorial di blog BILA RAJIN ini..



Qienah buat dalam 12 helai je, banyak ke? Entah lak, tak tau sebenarnya berapa akan digunakan nanti. Qienah guna kain flannel kosong n bercorak.. Warna ni je yang ada, banyak pink pulak.. baby belum tau girl or boy.huhu. Pepun, semua barangni dari belian untuk buat craft Qienah di kedai blog  e.l.e Design. Sekarang tutup sementara untuk ambilan tempahan. Thank semua..^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, September 6, 2012

DAH PILIH ^_^

Assalamualaikum..

Akhirnya kami dah buat pilihan untuk beranak anak 1st kami ni di mana..

Ini dia.....

Bandar Baru Bani

Pilihan ini antara banyak-banyak hospital panel pejabat en husben. Tak jauh sangat dengan rumah.. Kalau dekat Dungun, Terengganu tiada pulak hospital panel. So, beranak di Selangor le.. Lepas tu balik pantang dungun. Tak kisah le di mana-mana, moga semua selamat..

Pagi tadi alhamdulillah dah pergi jumpa doktor pakar di sana. Doktor untuk qienah bernama Dr Mashita.. Baik n mesra juga..Nurse di sanapun ok juga.. Ramai je orang, keadaan hospital juga ok, alhamdulillah..

Minggu depan jumpa lagi doktor, appointment 13/9 pukul 9a.m.. 



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

40 TAHUN LAGI??

Assalamualaikum..

Pagi tadi sempat singgah ke LEMBAGA TABUNG HAJI kat bangi, kemaskinikan buku akaun. Sambil tu, qienah buat pendaftaran haji untuk qienah n en husben. Lepas itu tengok le slip pengesahan ye, ya ampun..

Tahun 2052 tu, lagi 40 tahun tau..Hidup lagi ke masa tu? Kalau hidup lagi, mampu ke? umur dah dekat 60 tahun masa tu.. Hope muda-muda camni le dapat pergi.. Apapun tu cuma tahun peruntukan ye, just untuk panduan. Semoga dapat le pergi awal-awal. 

* Tabung haji akan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 75tahun keatas dulu kalau ada kekosongan.






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, September 5, 2012

RESEPI : PUDING TRIFLE

Assalamualaikum..

Hari Qienah merajinkan diri. hihi. Hujung minggu hari tu, sempat buat puding trifle ni.. Menjadi n best je tau. Licin n  dah habis.. Siap bawa pergi rumah saudara juga hari tu, sambil pergi beraya. Korang nak buat juga ke?jom try..


Bahan-bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan air- utk dicampurkan dengan kastard
  • 2 biji kek gulung ~ guna kek gulung pandan
  • 1 tin buah koktel - asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona ~ guna perisa mangga

Cara-cara :
  •  Panaskan susu cair dengan gula hingga mendidih n kecilkan api.
  •  Bancuh tepung kastard dengan air n masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat. Tutup api.
  • Untuk lapisan bawah, susunkan kek gulung. Kemudian, basahkan dengan air buah koktel.
  • Lapisan kedua, tuangkan bancuhan kastard ke atas kek gulung n sapu rata. Jangan tebal sangat. Kemudain masukkan buah koktel diatasnya.
  • Lapisan atas, tuangkan jeli yang sudah di  masak keats lapisan kastad n buah koktel tadi..   (masak jeli mengikut arahan dari paket jeli kristal tersebut ) 
  • Bila jeli sudah keras, boleh le di makan. Makan sejuk-sejuk baru best..

Cubalah, simple n mudah jekan..^_^
nanti nak buat lagi le..Nyum..nyum...





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, August 31, 2012

RESEPI : BEBOLA IKAN

Assalamualaikum..

Ni resepi rekaan.hihi..Bukan apa, nak habiskan ikan dalam peti.Takut buruk pulak, 2minggu juga tinggal rumah hari tu. Balik kampung..Tambahan pulak puasa, bukan makan sangatkan. Lauk lambat le habis.huhu..


Bahan-bahan :
  • 2ekor ikan selayang ~ orang luar panggil ikan sardin.
  • garam
  • serbuk perasa
  • daun bawang ~ potong halus
  • 2 ulas bawang merah ~ potong dadu, kecil-kecil
  • minyak ~ untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Ambil isi ikan selayang n blander hingga lumat..~ pastikan tulang ikan dibuang ye..
  • Kemudian masukkan semua bahan ke dalam ikan yang telah di blander n gaul hingga sebati.
  • Bentukkan campuran tadi kepada bentuk kegemaran anda. Qienah buat bulat n tekan sikit.  Jadilah camtu. hihi..
  • Dah siap bentuk, boleh le goreng hingga garing.
  • Siap n boleh dimakan begitu sahaja or dengan nasi.

Selamat mencuba, senang jekan...Sedappun sedap..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SENARAI WAJIB ADA

Assalamualaikum..

Mingguni dah masuk 30 minggu ye, tak lama dah nak jadi mummy..huhu.. Orang cakap sekarang dah boleh sediakan apa yang patut.. So, qienah google-google jumpa senaraikan apa yang perlu.. Jom tengok..^_^

Untuk Baby -->
  • Tuala mandi  n sapu tangan
  • Kain lampin
  • Pampers ~ newborn punya pampers
  • Pakaian baby ~ 3-4 helai
  • Sarung tangan dan kaki
  • Bedung, barut baby n selimut
  • Set tilam n bantal
  • Alatan mandian baby ~ besen, sabun, bedak, losyen, syampu, putik kapas, lapik getah.
Untuk Mummy -->
  • Buku laporan kesihatan ibu mengandung
  • Sepasang baju ketika pulang dari hospital
  • sandal
  • pakaian dalam
  • Tuala
  • Stoking
  • Tuala wanita khas untuk bersalin
  • Ubat-ubatan
  • Barang mandian n kelengkapan diri ~ syampun, sabun, beda, deodoran, sikat dll.
  • Makanan.
Dah siap cari barang, kena le packing siap-siap ye..Senang nak ke hospital, terus bawa je. Kita tak tau apa akan jadi kan..Apa-apun, semoga semua akan baik-baik n dilindungiNYA..Ameenn..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, August 18, 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum..


Nak dekat raya dahkan..Sekejab je.. So, dikesempatan ini..qienah memohon jutaan maaf untuk semua terutama untuk pembaca semua. Manalah tersalah tulis or comment apa-apa yang menyakitkan hati..MAAF ye..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 

 

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, August 16, 2012

DAPAT HADIAH

Assalamualaikum..

Minggu lepas dapat hadiah Giveaway dari blog IRAMAKASEH CRAFT.
Macam-macam juga dapat.ada hp case, beg makeup, brooch n minyak wangi....brooch ye cantik je, leh dah pakai masa raya nanti..:)

Thank ye pilih Qienah.hihi..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 30, 2012

JOM BELAJAR QURAN

Assalamualaikum..

Ni nak share apa yang  Qienah baca kat FB tadi..
Mesti korang selalu perasan tanda-tanda ni time membaca al-Quran kan?Tau tak apa maknanya? Meh kita kongsi-kongsi pengetahuan ye.. Tanda-tanda ini penting juga, jangan main redah je membaca..Betul tak?



Nak lebih faham boleh download di

Semoga perkongsian ini membawa manfaat..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 23, 2012

UNTUNGNYA MAKAN KURMA

Assalamualaikum..

Ni nak share dengan korang sempena bulan ramadhan. Makanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w ketika berbuka puasa. Ia bukan sahaja baik ketika berpuasa tapi baik juga untuk ibu-ibu yang mengandung.. 

Ibu-ibu memang mahukan yang terbaik untuk anaknya..^_^

* Masa mula-mula mengandung dulu memang makanan rutin. Makan dengan minum susu..Bes je, masa tu tak lalu sangat makan yang lain.huhu. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Assalamualaikum..

Pejam celik, dah nak masuk bulan baru kan..Esok lusa dah nak ramadhan..Sekejap je..So, bagi yang sempat jangan lepaskan peluang ye..Ramadhan hanya setahun sekali..

Nanti jangan lupa niat ye..

SALAM RAMADHAN 

buat PEMBACA semua..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 16, 2012

ETOK ETOK

Assalamualaikum..


Pernah makan etok ni? Kalau belum, kena try tau..sedappp..

Dulu kalau balik kelantan n singgah di pasar siti khatijah, konpem beli tau..Tiap sorang satu bungkus.hihi..Ye bungkus cam jual kacang kuda je.. Entah berapa RM masa tu.

Sekarang senang, dah kahwin dengan orang Kelantan..Balik kampung je boleh beli..Ye ada jual dekat pasar minggu. Ramai juga orang yang jual tu..Yang kecik RM1, yang besar RM2..berbaloi  dah makan..Masa beli, ye kata makan dengan nasai kerabu best tapi bagi Qienah makan saja lagi best..^_^

Makan memang sedap, tapi beringat..JAGA MAKAN ye..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, July 14, 2012

THE AMAZING SPIDERMAN

Assalamualaikum..


Korang dah tengok cerita ni?Kalau belum pergi la tengok ye tapi tak yah tengok 3D le, tengok biasa je..tak de yang menarikpun  3D..sakit mata ada pakai cermin mata tu..huhu..

Ceritani menarik juga.Ingatkan sebijik cam spiderman dulu tu tapi tak..Pelakonpun orang lain juga. Memang berbeza le.Kirani spiderman moden le..banyak created semua sendiri.Apapun, kalau korang nak tau bagaimana cerita n aksinya...cepat-cepat pergi tengok ye..

HAVE FUN..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SUDOKU

Assalamualaikum..


Siapa minat game ni?

Siapa suka MATEMATIK or NOMBOR, mesti sukakan??

Sekarangni memang ralik je main gameni tau. Memang menguji minda.Dulu beli buku, amik yang medium tak silap..Pastu dah habis beli  yang baru..Habis juga, sekarang mai kat PSP pulak..en husben dah download game tu..Lagi ralik tau, bukan pe..Senang main pakai PSP, boleh delete n add dengan mudah. Kalau buku kena cari pemadam lak.hihi..

So, jom sambung main..EASY n MEDIUM dah habis..HARD pulak..hihi..

Lepasni anak qienah mesti suka juga main gameni.^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, July 5, 2012

BEZA LAKI n PEREMPUAN??

Assalamualaikum..

Hihi..Just a joke..
Istilah bila perut kembung di hadapankan. 

Lelaki mesti di kata penuh dengan makanan..Perempuan pulak ada isi ~ anak..

Camne pulak dengan perempuan yang buncit jenis tak ada isi (anak).. makan banyak juga ke?tak ada yang komen kan.huhu.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH SIKAP SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Ni nak share dengan bakal-bakal ibu bapa ye. Jagalah akhlak korang tau. Kita yang akan membentuknya..Anak  itu anugerah dari Allah s.w.t Amik dari FB tadi, baca ye..


Apapun semuanya datang dari Nya, yang pasti..menandung or tidak..kit seharusnya mempunyai akhlak yang baik..bak kata lain, jadilah seorang yang SOLEH wa MUSLEH..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 2, 2012

SYAABAN...RAMADHAN

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan syaaban kita ye..dah sedia nak ramadhan ke??Alhamdulillah qienah dah ganti semua puasa tahun lalu.Insyalah tahunni boleh puasa penuh..Apapun, yang pnting bukan puasa sahaja, kita juga perlu banyak buat amalan-amalan sunat lain..So, kena le bermula sekarang..latih diri..betul tak?nanti bila ramadhan dah bersedia..

Ni nak share sikit apa yang bagus n digalakkan di bulan syaaban..


  • Memperbanyakkan puasa sunat Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan  Syaaban  ini. " 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. - Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan  Syaaban , bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." ~ Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin.
  • Bertaubat - Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. " Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan  Syaaban , baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan  Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. 
  • Memperbanyakkan amalan sunnat di malam dan siang hari - solat sunnat awabin, rawatib, solat tahujjud, solat hajat, solat dhuha, membaca al-quran, menghafaz dan banyak lagi.
Banyak amalan yang boleh kita lakukan, yang penting kena tanam sifat rajin..Jangan malas-malas..Ingat, hidup kita bukan hanya didunia..Kita belum tahu sampai bila hidup kita..Jangan tunggu tua or dah pencen baru nak buats semua..

p/s : nak baca pasa nisfu syaaban? leh link ke iluvislam..menarik untuk di baca..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, June 26, 2012

PESTA BUKU SELANGOR 2012

Assalamualaikum..


Siapa tinggal di selangor or berhampirannya? suka membaca? Mengumpul buku? Jom sama-sama kita pergi ke pesta buku ini yang diadakan di SACC Mall..Mesti ada buku yang menarik hati.. Lagipun banyak juga aktiviti yang dijalankan..Boleh lihat di web nya ye ~ http://www.pestabukuselangor.my/.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

RESEPI : AGAR-AGAR KOKTEL

Assalamualaikum..

Lama tak share resepikan..Jom sama-sama kita buat agar-agar koktel..simple sesangat, dah ada sebuk agar-agar di rumah. merajinkan diri la buat..Paket serbuk agar-agar mertua yang kasi masa nak balik puchong hari tu.hihi..


Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar  ~ qienah guna yang 10g
1 tin koktel
1 tin susu
6 sudu besar gula
1200ml air

Cara-cara :
1. Panaskan air n masukkan serbuk agar-agar serta gula.
2. Selepas mendidih, perlahankan api n masukkan susu.
3. Gaul rata n tutup api.
4. Masukkan koktel.
5. Siap n boleh di masukkan ke dalam acuan kegemaran anda..
6. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk, baru sedap untuk di makan.

Senang n simple jekan. Betul tak? Selamat mencuba semua..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, June 25, 2012

JOM SOLAT DHUHA

Assalamualaikum..

Pagi-pagi korang busy tak? Mesti ada masa lapangkan?Walau kerja, mesti ada waktu rehatkan? So, jom kita sama-sama amalkan solat sunat ye. Bukan ambil masa yang lama, 5minit je..Nak-nak tak lama dah nak ramadhan, jadikanlah amalan solat dhuha dari sekarang. Insyallah murah rezeki n buat kita sentiasa ingat pada NYA.

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” ~ Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi



Boleh dilakukan antara pukul 8a.m - 12.30 p.m..Lama juga, ye tak?

Bacaan doa selepas Solat  Dhuha


Sama-samalah kita melakukannya, banyak kelebihan n kebaikkan yang kita perolehi.
Insyallah. Selamat beramal....



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, June 22, 2012

MOVIE : MADAGASCAR 3

Assalamualaikum..

Lama tak share pasal ceritakan. Ni nak share le cerita Qienah tengok semalam bersama en. husben. Kitorang pergi tengok kat alamanda je, dekat dengan rumah. En. husben yang sungguh-sungguh nak tengok cerita ni..memamg cerita kegemarannya..



Memang best n seronok je tengok cerita ni, macam-macam ragam n lawak yang ada. Sesuai je untuk kanak-kanak n orang dewasa. Ceritani sambungan dari MADAGASCAR 2 hari tu. Diorang nak balik tempat asal ye kat zoo new york. Akhirnya sampai juga tapi tup-tup tak nak tinggal..kenapa?? nak tau, korang kena tengok la. Baru rasa best.hihi..

p/s : masa tengok ada le sorang perempuan tu, asyik gelak je.kuat pulak tu.bahagian tak lawakpun gelak..apa kes entah..malu je ras, tak sopan.huhu..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, June 18, 2012

INTERVIEW oh INTERVIEW

Assalamualaikum..


Korang pernah interview?Apa perasaan? Lama dah rasa tak di interview..Bagaimana lekan, mesti kalut jekan..Qienah gak, bolot je.hihi..Apapun, kena juga la bersedia, google2 apa yang patut tapi itulah, macam banyak la pulak. Sempat ke si qienah nak membaca n menghafal ye.hoho..

Interview SPA8 gak, perlu tahu pasal kerajaan n bidang yang dipohon..

So, sekarang nak google lagi ye..^_^






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, June 13, 2012

COKLAT vs VANILA

Assalamualaikum..

Korang suka coklat tak/konpem ramai yang minat coklatkan?Nak-nak perempuan, majoriti peminat coklat tapi itulah Qienah ni kurang minat.kalau minatpun bab pembungkusan ye je..memang cantik je n menarik sangat.hihi.. Apapun, harini nak share pasal susu coklat n vanila..^_^ Qienah memang suka sangat susu, kira favourite le..Nak-nak susu dutch lady..best.. So, tak susah n cerewet le untuk minum susu time mengandungni.hihi. 


 Time mengandungni Qienah try susu Anmum khas untuk ibu mengandung..sedap juga..minum suam-suam. Qienah suka perisa vanila je..Terang-terang cakap, perisa coklat kurang best le.hohoho..camne leh try perisa coklat??cik husben tersilap beli, ye tak perasan. Nak pergi tukar dah larut malam, stok susu dah habis di rumah..so, try le perisa coklatni.boleh le tapi memang lagi best perisa vanila..sekarangni kena habiskan susu coklat dulu,baru beli yang baru..jangan membazir, betul tak?^_^

Yang penting, susu banyak kebaikannya..^_^





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, May 28, 2012

SUKA JOIN GIVEAWAY n CONTEST TAPI.....

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?Banyak join Giveaway [GA] or CONTEST hari ini?^_^ 

Harini Qienah just nak kongsi apa yang dirasa bia dijemput join GA or CONTEST. Qienah suka join tapi itulah, kekadang jadi malas tau. Nak tau kenapa?

Zaman sekarang orang buat GA biasanya suka mintak sponsor, so banyak sangat le yang kena LIKE n FOLLOW sponsor diorang..kalau dalam 5-10 sponsor je tak apa tapi ni kadang-kadang sampai 50 sponsor tau. banyak tu, (mesti ada je termiss LIKE n FOLLOW nak-nak kalau line tak OK.huhu..)sabar je..Qienah perasan lagi, kita just LIKE n FOLLOW je, lepas tu tak amik tahu kisah apapun..bila buka DASHBOARD nak blogwalking baru le perasan datang dari mana le semua entry-entry blog yang tak dikenali.huhu..(maybe inilah sebab lepas habis je GA or CONTEST, FOLLOWERS dah jadi kurang, bab kata lain dah di DELETE.hoho)

Inilah luahan seorang blogger yang suka join GA n CONTEST, nanti mesti ada yang kata. Tak nak buat semua tu, jangan le sibuk-sibuk nak join.hoho..Qienah bukan nak mengkritik sangat tapi itulah, qienah join semua itu untuk menyokong tapi dah banyak sangat kena buat, malas juga..MAAF semua..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, May 26, 2012

BULAN KASI HADIAH

Assalamulaikum..

Dah nak hujung bulan Mei sekarangkan.huhu.sekejab je masa berlalu..Apapun alhmdulillah kita masih dipanjangkan umur n sentiasa dilindungi olehNYA..ameen..

Kasi HADIAH??Inilah bulan yang memang banyak mengeluarkan budget untuk hadiah.hoho.banyak juga tu, bukan untuk sorang tapi 2,3 orang juga.huhu. semua untuk orang yang tersayang..^_^ 


Apa la hadiah nak kasi ye.huhu..untuk 2orang adik kesayangan yang sambut besday 25 mei n 28 mei. Tak lupa juga buat besday en. husben 30 mei nanti..tak termasuk lagi hadiah buat rakan-rakan yang  nak kawin. time cuti sekolahni gak, memang fully le ujung minggu dengan majlis-majlis kahwin.huhu..

Hadiah terbaik, qienah mengharapkan semoga kalian semua berbahagia n panjang umur..yang akan mendirikan rumah tangga, semoga semua berjalan lancar n kekal sepanjang hayat dibawah naungan dariNYa. 




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, May 21, 2012

SURAH TERBAIK SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum..
Ni qienah nak share apa yang qienah baru baca tadi. khas buat untuk ibu yang tengah mengandung cam qienah lekan.hihi..


Banyak juga surahnya ye..tapi apa-apapun, sebaik-baiknya kita baca le satu al-quran.ye tak?mak selalu message tanya, dah berapa kali TAMAT baca quran sekarang.huhu.Malu pulak, tak keje tapi quran tak TAMAT lagi tahunni.huhu..pepun, insyallah akan TAMAT juga, dah banyak juzuk baca..alahmdulillah..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, May 9, 2012

SOLAT itu MUDAH

Assalamualaikum..
Lamanya tak update blogni.huhu..Memang tak terurus betulkan.hihi..So, korang dah solat ke harini? Satu hari ada 5 waktu je untuk solat sebenarnyakan tapi itulah, memang susah betul nak solat on TIME..selagi tak dekat waktu nak habis, mesti tak solatkan. ish..ish..ralik betul dengan duniakan..masyaallah..


Buatlah camni..kan bagus..senang n mudahnya solat sebenarnya..Kita mesti kuat, jangan mudah terpedaya dengan godaan SYAITAN.ok?^_^

SHARING is CARING
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, March 22, 2012

AMALKAN membaca AL-QURAN

Assalamualaikum..

Harini qienah nak mengajak n mengingatkan kawan-kawan serta diri ini sendiri, sentiasa membaca Al-quran n jangan malas-malas. Kita ni ISLAM tapi kadang-kadang kalau di perhati, buat yang WAJIB je iaitu SOLAT.. Amalan lain??culas sangat..Kalau nak tengok orang sibuk buat amalan, tunggu bulan RAMADHAN. Kalau quran tu, ramai yang sibuk nak khatam time bulan RAMADHAN, betul tak? Dulu masa sekolah, ustaz selalu bagitau, " bacalah quran walaupun 10 ayat sehari ". Kira sibuk mana kita, bacalah paling sikit 10 ayat, tanda kita mengingati ALLAH s.wt..

 
Dari Abu Musa r.a katanya : Nabi s.aw bersabda " Selalu-selalulah membaca al-quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas dari unta ditambatnya "

Huraian :
" Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

di petik dari e-Hadith

Jom kawan-kawan, mulai dari hari ini ambil masa kita yang sibuk itu untuk membaca AL-QURAN.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, March 18, 2012

KANAK-KANAK mudah di PENGARUHI

Assalamualaikum..
Jom kita pakat share ye..

kanak-kanak memang mudah mengikut apa yang kita buat.
So, sama-sama kita berkelakuan baik n juga berkata baik-baik di hadapan kanak-kanak. Semua itu proses pembelajaran mereka..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...