Monday, December 24, 2012

ADA CIRI-CIRI SUAMI KORANG KE

Assalamualaikum..

Terbaca di blog sorang rakan, so qienah nak share juga le.hihi. Sama-sama kita baca n peratikan si suami kita ye.hihi.. Tak suami, adik lelaki or abang-abang kita.Lebih kurang je perangai..


Lama dalam toilet
Suami yang merokok, bermain PSP, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan toilet. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil
Masalah ini memang yang selalu dilakukan oleh suami. Sesudah mandi, di situ berpakaian, di situlah juga ditinggalkan tualanya. yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan".

Baju kotor merata tempat 
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh."

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya.


Hihi..Kadang-kadang ada juga betul ye tapi tak semua ler.. Memang ada juga geramnya tapi nak buat camne. Yang penting, berolak ansur le.. Setiap orang ada perangainya... :P




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

3 00 suka bertanya..:

Fiza Rahman said...

BW dari segmen lulu. Salam kenal ☺☺

http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com

Mimie said...

suami sy yg no 1,2 dan last....memg tuh habit dia...

Cik Saffa said...

suami saya yg last tu je xlepas...hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...