Assalamualaikum..
Dah masuk bulan syaaban kita ye..dah sedia nak ramadhan ke??Alhamdulillah qienah dah ganti semua puasa tahun lalu.Insyalah tahunni boleh puasa penuh..Apapun, yang pnting bukan puasa sahaja, kita juga perlu banyak buat amalan-amalan sunat lain..So, kena le bermula sekarang..latih diri..betul tak?nanti bila ramadhan dah bersedia..
Ni nak share sikit apa yang bagus n digalakkan di bulan syaaban..
- Memperbanyakkan puasa sunat - Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. "
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. - Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban , bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." ~ Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin.
- Bertaubat - Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. " Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban , baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
- Memperbanyakkan amalan sunnat di malam dan siang hari - solat sunnat awabin, rawatib, solat tahujjud, solat hajat, solat dhuha, membaca al-quran, menghafaz dan banyak lagi.
Banyak amalan yang boleh kita lakukan, yang penting kena tanam sifat rajin..Jangan malas-malas..Ingat, hidup kita bukan hanya didunia..Kita belum tahu sampai bila hidup kita..Jangan tunggu tua or dah pencen baru nak buats semua..
p/s : nak baca pasa nisfu syaaban? leh link ke iluvislam..menarik untuk di baca..^_^
0 00 suka bertanya..:
Post a Comment