Assalamualaikum..
Harini qienah nak mengajak n mengingatkan kawan-kawan serta diri ini sendiri, sentiasa membaca Al-quran n jangan malas-malas. Kita ni ISLAM tapi kadang-kadang kalau di perhati, buat yang WAJIB je iaitu SOLAT.. Amalan lain??culas sangat..Kalau nak tengok orang sibuk buat amalan, tunggu bulan RAMADHAN. Kalau quran tu, ramai yang sibuk nak khatam time bulan RAMADHAN, betul tak? Dulu masa sekolah, ustaz selalu bagitau, " bacalah quran walaupun 10 ayat sehari ". Kira sibuk mana kita, bacalah paling sikit 10 ayat, tanda kita mengingati ALLAH s.wt..
Dari Abu Musa r.a katanya : Nabi s.aw bersabda " Selalu-selalulah membaca al-quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas dari unta ditambatnya "
Huraian :
" Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
di petik dari e-Hadith
Jom kawan-kawan, mulai dari hari ini ambil masa kita yang sibuk itu untuk membaca AL-QURAN.
6 00 suka bertanya..:
kita umat islam perlu banyakkan la membaca al-quran..membantu di akhirat sana..
Betul tu, sentiasa la membaca al-quran n terjemahannya..
sama sama beramal.
Insya Allah..sayang sangat entry ni qienah, sebak sangat rasa bila baca...memang kalau kita amal baca Quran kita akan dapat rasa sayangnya nak tinggalkannya walau sehari...Insya Allah..namun masih ada niat yang berbekas di hati nak tambahkan lagi ilmu al-quran ni..moga Allah buka jalan yang luas untuk itu..mudah2 an..Insya Allah..thanks qinah :)
itu je la BEKALAN yg bleh kite bwk masa kat sana nanti kan Qienah..
luv,
cik ana
btol 2, bekalan kt nnt..:)
kak tihara : 2le, nak sangat belajar quran lagi..byk dah lupa..huhu..
Post a Comment