Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

RESEPI : NASI GORENG IKAN

Assalamualaikum

Korang suka makan nasi goreng tak? Konpem suka, nak-nak kita orang melayu kan, makan pagi-pagi best ni. Kenyang perut kita, boleh buat kerja..Ni Qienah nak share resepi yang selalu juga Qienah masak, terutama bila goreng ikan untuk makan tengah hari or malam tapi tak habis..Paling suka nasi goreng mak di kampung, mesti best..

Bahan-bahan :
Nasi
Ikan goreng - perisi > amik isi je, buang tulang ye.
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili pdi - tumbuk,  nak pedas letak banyak.
1 biji telur
sayur - qienah letak kacang panjang n carrot.
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah, bawang putih bersama cili api yang telah ditumbuk bersama sehingga naik bau.
2.  Pecahkan telur n biarkan seketika, kemudian kacau telur tersebut.
3.  Masukkan ikan n sayur.
4.  Kemudian masukkan nasi n gaul rata ye.
5. Hampir siap, masukan garam n gaul.
6. Siap n boleh di makan.

p/s : makan dengan keropok goreng n ayam goreng sedap..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, September 5, 2012

RESEPI : PUDING TRIFLE

Assalamualaikum..

Hari Qienah merajinkan diri. hihi. Hujung minggu hari tu, sempat buat puding trifle ni.. Menjadi n best je tau. Licin n  dah habis.. Siap bawa pergi rumah saudara juga hari tu, sambil pergi beraya. Korang nak buat juga ke?jom try..


Bahan-bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan air- utk dicampurkan dengan kastard
  • 2 biji kek gulung ~ guna kek gulung pandan
  • 1 tin buah koktel - asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona ~ guna perisa mangga

Cara-cara :
  •  Panaskan susu cair dengan gula hingga mendidih n kecilkan api.
  •  Bancuh tepung kastard dengan air n masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat. Tutup api.
  • Untuk lapisan bawah, susunkan kek gulung. Kemudian, basahkan dengan air buah koktel.
  • Lapisan kedua, tuangkan bancuhan kastard ke atas kek gulung n sapu rata. Jangan tebal sangat. Kemudain masukkan buah koktel diatasnya.
  • Lapisan atas, tuangkan jeli yang sudah di  masak keats lapisan kastad n buah koktel tadi..   (masak jeli mengikut arahan dari paket jeli kristal tersebut ) 
  • Bila jeli sudah keras, boleh le di makan. Makan sejuk-sejuk baru best..

Cubalah, simple n mudah jekan..^_^
nanti nak buat lagi le..Nyum..nyum...





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, August 31, 2012

RESEPI : BEBOLA IKAN

Assalamualaikum..

Ni resepi rekaan.hihi..Bukan apa, nak habiskan ikan dalam peti.Takut buruk pulak, 2minggu juga tinggal rumah hari tu. Balik kampung..Tambahan pulak puasa, bukan makan sangatkan. Lauk lambat le habis.huhu..


Bahan-bahan :
  • 2ekor ikan selayang ~ orang luar panggil ikan sardin.
  • garam
  • serbuk perasa
  • daun bawang ~ potong halus
  • 2 ulas bawang merah ~ potong dadu, kecil-kecil
  • minyak ~ untuk menggoreng

Cara-cara :
  • Ambil isi ikan selayang n blander hingga lumat..~ pastikan tulang ikan dibuang ye..
  • Kemudian masukkan semua bahan ke dalam ikan yang telah di blander n gaul hingga sebati.
  • Bentukkan campuran tadi kepada bentuk kegemaran anda. Qienah buat bulat n tekan sikit.  Jadilah camtu. hihi..
  • Dah siap bentuk, boleh le goreng hingga garing.
  • Siap n boleh dimakan begitu sahaja or dengan nasi.

Selamat mencuba, senang jekan...Sedappun sedap..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, June 26, 2012

RESEPI : AGAR-AGAR KOKTEL

Assalamualaikum..

Lama tak share resepikan..Jom sama-sama kita buat agar-agar koktel..simple sesangat, dah ada sebuk agar-agar di rumah. merajinkan diri la buat..Paket serbuk agar-agar mertua yang kasi masa nak balik puchong hari tu.hihi..


Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar  ~ qienah guna yang 10g
1 tin koktel
1 tin susu
6 sudu besar gula
1200ml air

Cara-cara :
1. Panaskan air n masukkan serbuk agar-agar serta gula.
2. Selepas mendidih, perlahankan api n masukkan susu.
3. Gaul rata n tutup api.
4. Masukkan koktel.
5. Siap n boleh di masukkan ke dalam acuan kegemaran anda..
6. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk, baru sedap untuk di makan.

Senang n simple jekan. Betul tak? Selamat mencuba semua..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, February 24, 2012

RESEPI : PUDING ROTI MARBLE

Salam semua..
Tengah hari ini nak share resepi la, jom sama-sama mencuba..
Qienah buatni dua hari lepas. Ada serbuk agar-agar kat umahni, mertua kasi hari tu. So, roti juga ada, baik cuba buat pudingkan.huhu.Duk google qienah jumpa resepi dekat blog HANA. senang je nak n bahan ye semua ada, cuba la..

 Tak sempat amik picture sendiri ~ sory copy ~

Bahan-bahan ( satu loyang )

    4 keping roti
    2 biji telur
    1/2 cawan susu pekat
    170ml susu cair
    8gram serbuk agar2
    1/2 cawan gula - bleh kurangkn
    2 sudu besar marjerin (cairkan)
    31/2 cawan air
    2 sudu besar serbuk koko (qienah guna milo je, tak de serbuk koko..huhu..)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi (1/2 cwn). 
  • Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  • Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  • Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis ye, ketika melapis/me'marble'kan hendaklah cepat-cepat ye sebab puding ni mudah membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk. Enak dmakan ketika sejuk! 
Selamat mencuba ye.. 
Memang sedap tau.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, February 17, 2012

RESEPI : IKAN PARI ASAM PEDAS

Salam semua..
lama tak berkongsi masakan dengan korangkan.ni nak share resepi yang qienah mencuba semalam...qienah beli pari ni dekat pasar borong Sri Kembangan.murah sangat, setompok RM5 je, dapat dalam 4keping saiz besar tau.jom mencuba resepi ini juga.


Bahan-bahan :

~ bahan untuk digiling
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

600g ikan pari
2 kuntum bunga kantan
4 biji bendi
4-6 helai daun kesum
1 batang serai ~ di ketuk
sedikit minyak ~ untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam secukupnya 

Cara-cara :
1. Ikan disiang n dibersihkan.
2. Panaskan minyak n tumis bahan yang digiling hingga garing.
3. Masukkan daun kesum, serai, ikan pari dan air asam jawa. Kacau rata.
4. Apabila sudah mendidih masukkan bunga kantan dan garam. Siap n boleh dihidangkan.
so, selamat mencuba semua..bes juga tau. kenyang je makan semalam. 
p/s: nak tukar ikan boleh juga..ikut citarasa korang ye..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, December 19, 2011

RESEPI : APAM POLKADOT

salam semua..
arini nak kongsi resepi apam polkadot..bes tau..buat sekali je,,alhmdulillah menjadi tau.bes juga..resepi ni amik dari blog k.NOR...ye sukat pakai cawan je..xyah timbang2..kan senang 2..hihi..so, jom tengok apam qienah wak..gebu tak?hihi..



masa nak kukus..mcm2 rupe dekan?xdot2pun..hihi..ni le wak keje dengan adik2..punya le kreatif ye korang.hihi..


dah siap, masani panas lagi..



dah sejuk masuk tupperware.hihi..

nak resepi ye?jom tengok bawah..

Bahan2 :

3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)

2cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)

1cawan gula halus

1 sudu kecil ovalette

3suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)

1sudu kecil esen vanila

inti bluberry or ape2 je yg korang suke

pewarna ~ de warna hijau n purple je.huhu..

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk

2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lg.

3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu td, mixer pd kelajuan paling minimun masa ni. sebati semua, siap :)

4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama.

5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri.

6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam.


p/s : qienah letak inti pun..masih sedap tau..so, pepun korang try le..nak try banyak resepi lagi..leh ke blog SINI..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, November 24, 2011

RESEPI : PIZZA

salam semua..
jom kongsi resepi lagi.
petang tadi duk wak pizz.alhmdulillah licin semu.ni kyg lagi rasa.hihi..

pizza bawang+cendawan

pizza cendawan+sosej+nanas n cheese

* pic lepas bakar xsempat amik. dah licin..huhu..


Bahan untuk pizza
500 tepung gandum
1 paket yeast mauripan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak - qienah guna minyak jagung

cara membuatnya:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


SOS PIZZA

bahan
250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak
1cawan tomato puree ~jika nak pedas,tambahkan cili mesin
garam

cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging n tomato puree serta garam.
3. Kacau hingga daging masak.Biarkan sehingga pekat.
4. siap, ratakan sos atas inti tadi..
5. kemudian aturkan bahan2 korang suke..cam bawang, cendawan butang, lada bengala, nanas or ape2 sahaja korang suka.
6. Last Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
7. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair


dah siap, so leh makan lekan.hihi.try le,senang je sebenarnya wak..makan pans2 bes..sejuk kurang bes.hihi..

p/s : GA qienah masih berlangsung.. sape nak join klik GIVEAWAY n SINI.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, November 12, 2011

RESEPI : LEMPENG NYOR

salam semua..
lama xkongsi resepi kn.korang suke makan isi nyor@kelapa?mnum airnya konpem lekan??rmai yang suke.ye x??qienah kurang suke..xsuke.huhu.kalau kat ganu mmg mudah je nak cari nyor muda ni tp sejak2 akhir2 ini dah payah.yang jual mahal je.RM3 = 1biji.huhu..

so, jom buat lempeng nyor..

CARA-CARAnya:

1. masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, nyor@kelapa muda yang telah diblander sedikit hancur, air n garam sikit.kacau sebati ye.sukatan atas korang le..nak banyak..gune bahan banyak. nak bes, nyor kena banyak tau..:P


2. lepas itu, korang amik satu senduk adunan, bakar dalam kuali..paling bagus pakai kuali leper ye..:) xnak kasi lekat n nak garing..korang letak minyak tau..sikit je..jangan banyak lak..nanti lempeng goreng lak jadinyer.hihi..


3. jangan lupe balik2kan lempeng 2..nak cepat..tutup le dengan tudung periuk.ok?


4. akhirnya siap..jab jekan..dah leh makan..so xyh hias lawa2..makan terus.hihi.. panas2 baru bes makan. sejuk kurang le. nak lagi bes, makan dengan gula.cuba le.simple jekan..

p/s : adik qienah si amin yang buat.sibuk tanya wak gan.sudah siap aduanan duk panggil2.so,qienah juz bakar je..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, October 14, 2011

RESEPI : MUFFIN COKLAT CHIP

salam semua..
sebelum memulakan wak soalan exam bebudak..
naip skit resepi.hihi..ni 1st try buat tau.sejak de oven umah, nmpk resepi comel2 nak try je..mmg jd.bes je..adik2 n parent kalu bes.yg xjd skit letak cheese..huhu..pepn jom tgk..qienah cr resepini kat googole2, last jupe kat blog HANAFZUAN. suke resepi camni..sebab sukat guna cawan n sudu je..xde timbang2..kalu timbang leceh skit..lari sukat.huhu.

ngade2 g letak cheese.huhu..

nyum..nyum..bes..:)

cheese buat jd xcantik.huhu..

so,ni qienah copy n paste resipi dr blog 2. leh le korang try juga.

Bahan-Bahan

½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit.(bergantung pada besar cup cakes)

so, korang try le..bes tau..:)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, October 8, 2011

RESEPI : IKAN MASAK KICAP

salam smua..
suka makan ikan x?jom try resepi mudah..
resepi orang bujang je.hihi..


Bahan-bahan:
2ekor ikan kembung(nak potong 2pn boleh..xnakpn xpe)
5-10biji cili api(nak pedas letak banyak2)
1biji lada merah
bawang besar(potong 4/ikut suka)
2ulas bawang merah
1ulas bawang putih.
kicap
minyak
air
garam
serbuk kunyit
asam jawa/keping

Cara-cara:
1. letakkan garam+serbuk kunyit. perap jab. pastu goreng n ketepikan.
2. kisar bawang merah+halia+bawang putih+lada+cili padi.
3. panaskan minyak n tumiskan bahan yang dikisar tadi.
4. dah garing, masukkan kicap. kalau kering..masukkan sedikit air.
5. masukkan asam keping.
6. masukkan ikan yang telah di goreng tadi serta bawang besar.
7. gaul rata n SIAP..leh hidang n makan.

try le.mudah jekan.ye x?


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, October 2, 2011

RESEPI : PUDING ROTI

salam...
jom try buat puding roti..bes tau, qienah bt dh. sekali ngadap je, licinnnn..


Bahan-bahan :

4 keping roti
2 biji telur
1 tin susu cair
1 besar butter - cairkan
1 sudu besar esen vanila
kismis

Cara-cara :

1. carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan. nak bakar roti dlupn boleh
2. tabur sedikit kismis di celah n atas roti.
3. tuang butter yang telah cair ke atas roti tersebut.
4.pukul telur, susu, gula n esen vanila.
5. tuangkan adunan ke dalam acuan roti td.
6. tabur lebihan kismis dan biarkan roti menyerap adunan tersebut.
7. bakar adunan di dalam ketuhar selama 20minit dengan suhu 180c.
8. SIAP, leh makan terus..nak sedap letak dalam peti.

try le, bes tau..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, September 29, 2011

RESEPI : SALAD TELUR

salam pagi semua,
jom kt wk salad pling mudah n bes..biasa org guna mayonis tp qienah wak sos sendri.hihi..utk diet bleh jg..mmg kyg..biasa qienah wkni bile de salad or ayam goreng yang lebih mkn.


Bahan-bahan:

2biji telur(rebus)
isi ayam(telah digoreng)
salad
timun
tomato
garam
cuka
air

Cara-cara:
1. kupas telur dan asingkan kuning n putih telur.
2. campurkan semua bahan yang telah dipotong seperti putih telur,isi ayam,timun, tomato, salad mengikut kesukaan korang dan asingkan.
3. untuk sos, amik kuning telur penyek.
4. masukan sedikit air,cuka dan garam.
5. masukan sos ke dalam bahan yang dipotong td.
6. gaul rata n SIAP.

p/s: nak lagi bes, masukkan dalam peti sekejab sebelum makan.

try le, mst bes..en Bobos qienah pn suke n wa sndri je.hihi.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, September 24, 2011

RESEPI : AYAM TUMIS

Salam..
kalini qienah nk kc resepi plg simple..hihi..
jom le try ye..bes kot.hihi..



Bahan-bahan:

10 ketul ayam (potong sederhana)
3ulas bawang merah
2ulas bawang putih
2sudu cili boh
3cm halia

-------
bahan untuk secukup rasa
---------
garam
sos cili
sos tomato
sos tiram


Cara-cara:

1. panaskan minyak, tumis cili boh sampai garing.
2. masukkan bawang putih+bawang merah+halia yang telah dikisar.gaul sebati..
3. kemudiaan masukkan ayam..gaul2 smpai rata.
4. last masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato n garam..gaul..
5. klu ayam dah maak, tutup api n leh hidang. pastu makan.hihi..

p/s : qienah letak sikit daun limau purut..baru de bau wangi.hihi..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, September 23, 2011

RESEPI : SPEGETI

Salam..
suke mkn spegeti??
jom try buat sendri..simple je..

siap..

hidangkan..

Bahan-bahan:
1 sudu cili boh
1 tin tomato puree
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dicincang
cendewan butang - potong ikut suke
carrot - dipotong panjang2 or ikut suke
1 tin cendawan butang - potong ikut suke
daging cincang - suke beli yg Ramly Burger
1 paket spegeti - suka yg San Remo
[rebus 10minit/hingga lembut -xnk melekat leh masukkan sedikit minyak]

Cara buat kuah:
1. panaskan minyak..
2. tumis lada /cili boh.
3. masukkan bawang putih n bawang besar.
4. dah naik bau, masukkan daging cincang serta air (air atas korang le, nak pekat skit je)
5. bila dh rs daging cincang td masak, masukkan carrot n cendawan.
6. masukkan garam, gule skit n serbu origano.
7. siap, hidangkan n dah leh makan..

p/s : kalu suke, leh masukkan sos tomato, sos cili or sos tiram juga..

ini antra makanan kegemaran officemate..suke ngt suruh bawakn..('',)

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, August 29, 2011

RESEPI : BEGEDIL DAGING

salam..
dh siap semua utk beraya esok?ngemas semua dh?hihi..mst dh cntik umah korangkan..semngat nk raya 2kn. bleh dh pergi raya.hihi..okle, de lagi x menu utk berbuke arini?jom try this..hihi..antara kegemaran en BOBOS sy.hihi.


BAHAN-BAHAN :

1biji telur
3biji ubi kentang
bawang goreng
lada -potong kecik2
carrot-potong kecik2
daun bawang - dipotong halus
daging cincang (letak ayam boleh)

CARA BUAT :

1. kentang direbus dan dilenyek.
2. masukkan semua bahan seperti daun bawang, bawang goreng, lada, carrot n daging cincang.
3. gaul rata n masukkan garam. kalu suka leh masukkan serbuk perasa.
4. amik adunan td n buat bulat2 or bentuk korang suka.
5. panaskan minyak.
6. celup adunan yg telah dibentuk td dengan telur.
7. goreng n siap..leh makan dh..

P/S : berhati2 semasa menggoreng.gune api sederhana.bimbang hancur..huhu.

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, August 24, 2011

RESEPI : TELUR DADAR LADY's CHOICE

salam semua..
nk share menu plg simple..tba2 dpt msg dr Lady's Choice .ye ata menu utk bersahur..lawak de.hihi.


Cara Penyediaan :
1. Pukul telur dan campurkan Mayonis Lady's Choice.
2. Campurkan cili merah, bawang besar & daun bawang yang dihiris.
3. Panaskan minyak.
4. Goreng hingga kekekuningan dan garing.
5. Angkat dh boleh di hidang.

pernah try, bes jg..:)

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

RESEPI : AYAM SOS TIRAM + PETAI

No idea utk brbke??try menu qienahni..hihi..smple n mdh..:)


Bahan-bahan :
ayam (dipotong dadu dan digaul kunyit+garam)
1 labu bawang besar ( dibelah 4)
2 ulas bawang putih
halia (dihiris / diketuk)
petai
sos tiram
daun bawang / sup
carrot (dipotong ikut suka)

Cara :
1. goreng aym garing n asingkan.
2. panaskan minyak n tumis bawang putih serta halia sehinggan berbau.
3. masukkan sos tiram. andai kering sangat masukkan sedikit air.
4. masukkan petai n ayam yg telah digoreng td..gaul..
5. masukkan bawang besar, carrot n daun bawang. siap n boleh dihidang..

p/s : kalu suka leh masukkan cili api jg..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, August 17, 2011

RESEPI : SAMBAL PETAI + BILIS + UBI KENTANG

suke petai?hihi..org kate busuk tp qienah mmg suke mkn petai..huhu..so xksh le pe org kate..jnji kt suke.ye x?hihi..


Bahan - bahan :
2sudu cili boh
3biji bawang merah
2ulas bawang putih
sos titam
sos cili
sos tomato
cuka
semangkuk kecil ikan bilis
2 biji ubi kentang
2papan petai


Cara - cara :

1.goreng ikan bilis dan ubi kentang berasingan. ketepikan..
2. tumis lada kisar / cili boh hingga garing..kemudian masukkan bawang merah + putih yang telah di kisar tadi.
3. selepas itu, masukkn semua bahan seperti sos cili, sos tomato, sos tiram n cuka..kacau2 skit.
4. apabila sudah pekat, masukkan prtai n ubi kentang yg di goreng tadi..gaul2. sehingga sebati ye...
5. last masukkan ikan bilis dh tutup api..gaul sekejab dan boleh di hidang n mkn..hihi..


p/s : qienah suke letak ikn bilis last coz nk pastikan ikan bilis ttp rangup.hihi..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, August 14, 2011

RESEPI : IKAN KELI BERLADA

sape suka mkn ikn keli?qienah suke sgt2 tau.bes..nyum..nyum..
klu org GANU, kebnyakkan kurang mknn cmni.ingt lg dgn mbr2.ms dk s.alam sng dptkn ikn ni n mrh.mbr2 xmknpn,mkn sorg2 je iknni.hihi..xpe,jnji prut kyg..ye x?

IKAN KELI BERLADA


BAHAN-BAHAN :

ikan keli,
kunyit,
garam
tepung jagung,

lada
cili
halia
kicap
sos tiram
asam keping
bawang putih
bawang besar.
bawang merah


CARA-CARA :
1. mula2 ikan keli di basuh cuci. utk ilang hanyir basuh dengan air asam jawa.
2. kemudian gaulkn ikan keli dengan garam, kunyit n tepung.
3. biarkan seketika n goreng garing..ketepikan.
4. untuk kuah, blander or tumbuk semua bahan seperti halia, bawang putih,bawang merah, lada n cili.
5. tumiskan bahan2 td..
6. masukkan sos tiram n kicap.
7. masukkan bawang ( potong ikut suka ).
8. SIAP, curahkan kuah ini di atas ikan td..
9. DAH leh makan..

senang jekn.hihi..slamt menjamu selera..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...