Thursday, December 27, 2012

KARI KEPALA IKAN

Assalamualaikum

mmmm..alhamdulillah..kenyang duk makan kari kepala ikan ni.. Buat sendiri je, kalau beli konpem mahalkan.huhu..Ntah ikan apa, tak ingat dah nama ye. Ikan ni dapat daripada saudara en husben, Ayah su. Ye pergi mengail kat sarawak seminggu sebulan raya korban hari tu. Banyak juga ikan yang ye dapat, so ni ye bahagi le..fresh lagi masa dapat tau. Memang best.. 

Semua bahan n mula-mula masak Qienah yang siapkan. Yang menyudakanhnya, letak garam n rasa-rasa en husben. Masa ni aleesya menangis, duduk dengan baba yepun tak nak. So, mama ye pegang..kasi susu terus  senyap..lapar rupanye dia.anak mama..anak mama..

Resepi ye senang je.sape nak?hihi..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 25, 2012

KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum


Hujung-hujung tahun banyak le kendurikan. Untuk hujung tahunni qienah sempat pergi kenduri kahwin sahabat lama masa Uitm Shah Alam dulu, rumahnya di klang je.. Kira dekat je pergi, kira 1st time Aleesya g knduri kawan mama nya. Ikut tema lak Aleesya ye, sama dengan pengantin, baju PINK tu. hihi.Buat intan & suami : 
Selamat pengantin baru n semoga bebahagia. Semoga cepat-cepat dapat anak juga ye. Aminn


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, December 24, 2012

ADA CIRI-CIRI SUAMI KORANG KE

Assalamualaikum..

Terbaca di blog sorang rakan, so qienah nak share juga le.hihi. Sama-sama kita baca n peratikan si suami kita ye.hihi.. Tak suami, adik lelaki or abang-abang kita.Lebih kurang je perangai..


Lama dalam toilet
Suami yang merokok, bermain PSP, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan toilet. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil
Masalah ini memang yang selalu dilakukan oleh suami. Sesudah mandi, di situ berpakaian, di situlah juga ditinggalkan tualanya. yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan".

Baju kotor merata tempat 
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh."

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya.


Hihi..Kadang-kadang ada juga betul ye tapi tak semua ler.. Memang ada juga geramnya tapi nak buat camne. Yang penting, berolak ansur le.. Setiap orang ada perangainya... :P




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, December 23, 2012

SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013

Assalamualaikum..

Lama tak join segmen camni. Jom sama-sama kita join..Boleh tambah rakan n kenalankan.. Nanti boleh juga baca entry yang menarik..So, apa lagi..

klik banner comelni untuk join juga ye.

TAMAT : 
31 DECEMBER 2012


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, December 19, 2012

ALEESYA DAH BOTAK

Assalamualaikum..

2Minggu lepas dah setle majlis akikah n cukur jambu Aleesya..Buat kecil-kecil je di kampung en husben. Jemput saudara mara n jiran terdekat  je.Alhmdulillah ramai yang datang.. Meriah juga..Rezeki pun murah.Terima kasih semua..


2hari lepas majlis, mama n baba Aleesya yang botakkan rambut.. mula tak berani tapi baba kata boleh.. Botak juga akhirnya.


Tadaa.. Botak dah.. cam boy lak.hihi..

So, nak nampak girl, pakai headband dah.. dibeli oleh cik farrah ye..Cantik je.. Nanti mama nak buat headband untuk leesya juga le.. ^_^

* Tak de lak picture masa majlis tu.. Dengan adik ipar ada tapi tak sempat ambil.huhu..






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 4, 2012

DURIAN CREPE

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dapat juga merasa durian crepe ni. Best juga tau.. Tapi memang best makan durian saja le.hihi. Ni adik qienah order kat facebook.. order semalam, hari ni dah boleh ambil. sekejab je. so nak makan lagi n banyak-banyak boleh try buat sendiri le pulak. Untung buat sendiri. Jimat juga, tadi beli RM10 dapat 6biji. Lagipun tengok resepi  kat blog-blog macam senang je.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, December 1, 2012

JANGAN TIUP AIR PANAS

Assalamualaikum..

Suka minum air panas? Mesti ramai suka minum air sejuk kan.kan.nak-nak yang berais..untuk hilang dahaga le katanya. Tapi yang bagus minum air panas or suam.. Tapi itulah, kalau minum yang panas, mesti nak tiup, kasi cepat sejuk. huhu.. Ni de sikit info, amik dari fb.. sharing kan bagus..


Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Beliau tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yang dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2) maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung. Subhanallah, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanafaat. Wallahu'alam...

Sama le dengan mak qienah, dari kecik lagi selalu juga marah tiup-tiup air panas ni..cikgu science le katakan..hihi..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...