Salam semua..
Tengah hari ini nak share resepi la, jom sama-sama mencuba..
Qienah buatni dua hari lepas. Ada serbuk agar-agar kat umahni, mertua kasi hari tu. So, roti juga ada, baik cuba buat pudingkan.huhu.Duk google qienah jumpa resepi dekat blog HANA. senang je nak n bahan ye semua ada, cuba la..
Tak sempat amik picture sendiri ~ sory copy ~
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (qienah guna milo je, tak de serbuk koko..huhu..)
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi (1/2 cwn).
- Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
- Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
- Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis ye, ketika melapis/me'marble'kan hendaklah cepat-cepat ye sebab puding ni mudah membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk. Enak dmakan ketika sejuk!
Selamat mencuba ye..
Memang sedap tau.
0 00 suka bertanya..:
Post a Comment