Friday, February 17, 2012

RESEPI : IKAN PARI ASAM PEDAS

Salam semua..
lama tak berkongsi masakan dengan korangkan.ni nak share resepi yang qienah mencuba semalam...qienah beli pari ni dekat pasar borong Sri Kembangan.murah sangat, setompok RM5 je, dapat dalam 4keping saiz besar tau.jom mencuba resepi ini juga.


Bahan-bahan :

~ bahan untuk digiling
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

600g ikan pari
2 kuntum bunga kantan
4 biji bendi
4-6 helai daun kesum
1 batang serai ~ di ketuk
sedikit minyak ~ untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam secukupnya 

Cara-cara :
1. Ikan disiang n dibersihkan.
2. Panaskan minyak n tumis bahan yang digiling hingga garing.
3. Masukkan daun kesum, serai, ikan pari dan air asam jawa. Kacau rata.
4. Apabila sudah mendidih masukkan bunga kantan dan garam. Siap n boleh dihidangkan.
so, selamat mencuba semua..bes juga tau. kenyang je makan semalam. 
p/s: nak tukar ikan boleh juga..ikut citarasa korang ye..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

4 00 suka bertanya..:

SyamimiNazifa said...

wah , sedapp :D

CaHaYa^KetEnaNGan said...

adik org tanya bleh tak buat header blog

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2..sedap ni..

Qienah said...

sdp,kyg2..:)

akak : header blog sape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...