Monday, February 6, 2012

Petua Rasulullah Menjaga Kesihatan

salam maulidur rasul..
apa khabar semua?sihat ke?seronok cuti?sempena ulang tahun kelahiran junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w, qienah nak share pe qienah baca..^___^


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan:

  1. Makan daging.
  2. Memakai haruman.
  3. Kerap mandi.
  4. Berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan:

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata:

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.

Empat perkara merosakan mata:

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran:

  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang soleh.
  4. Bergaul dengan para ulama.

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI ~ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH ~ Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ~ Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN ~Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

copy amik dari : CahayaIslam.net

so, semoga apa yang di share ni dapat le di kongsi bersama ye. sama2 le kita berselawat ke atas junjungan nabi kita. mengikut sunnah nabi banyak baiknya..

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

1 00 suka bertanya..:

Tihara said...

salam..baguskan qiena kita share entry mcm ni..kdg2 kita lupa ada org lain tlg reminds :)...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...