Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Monday, January 21, 2013

CIRI BENTUK DAN PAKAIAN

Assalamualaikum.


Tutuplah aurat kamu sebelum aurat itu ditutupkan. Peringatan buat diri ini, selalu juga terbabas tentang auratni, kadang-kadang rasa semua dah tertutup, rupanya TIDAK. huhu.. Konon-konon nak bergaya le katakan tapi...So, jom kita perhatikan istilah menutup aurat dari segi berpakaian sebenarnya..


--> Pakaian hendaklah tebal
--> Tidak terlalu licin dan lembut

--> Pakaian longgar dan melepasi paha atau lutut.

--> Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


p/s: Untuk tambahan n penguraian boleh ke link ini -->Aurat perempuan zaman IT & Hayatuna






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, February 6, 2012

Petua Rasulullah Menjaga Kesihatan

salam maulidur rasul..
apa khabar semua?sihat ke?seronok cuti?sempena ulang tahun kelahiran junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w, qienah nak share pe qienah baca..^___^


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan:

  1. Makan daging.
  2. Memakai haruman.
  3. Kerap mandi.
  4. Berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan:

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata:

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.

Empat perkara merosakan mata:

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran:

  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang soleh.
  4. Bergaul dengan para ulama.

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI ~ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH ~ Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ~ Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN ~Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

copy amik dari : CahayaIslam.net

so, semoga apa yang di share ni dapat le di kongsi bersama ye. sama2 le kita berselawat ke atas junjungan nabi kita. mengikut sunnah nabi banyak baiknya..

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, February 2, 2012

HUKUM Wuduk Suami & Isteri Bersentuhan Kulit

salam semua..
apa khabar?ok tak?alhmdulillah hope semua ok hendaknya.amin..

sejak akhir2 ini sedikit keliru n tertanya2...qienah nak tanya korang le.



adakah sah wuduk atau terbatal wuduk suami isteri jika bersentuhan?


korang rasa camne?qienah kurang arif le. bukan apa, banyak sangat pendapat tapi qienah terjumpa satu pendapat blog...

saya berpendapat bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya, kerana negara kita telah menetapkan mazhab syafie sebagai pegangan, maka kita perlulah menjadikannya sebagai pegangan dalam menentukan sesuatu hukum, ini penting kerana ramai rakyat Malaysia ini jahil dan tidak mendalami ilmu agama dengan sepatutnya. Ini juga penting untuk mengelakkan perbalahan di dalam masyarakat. Kecuali apabila kita ditimpa dharurat atau musibah. Pendapat mazhab syafie lagi menyatakan tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri apabila menyentuh kuku, gigi dan rambut.~ Ustaz Nor Amin

so, pe pandangan korang?pepn yang pasti kita kena yakin n lebih mencari lagi.ilmu FIQH luas..banyak lagi perlu qienah belajar..semoga dapat mencari penjelasan yang sejelas2nya..insyallah..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...