Thursday, November 24, 2011

RESEPI : PIZZA

salam semua..
jom kongsi resepi lagi.
petang tadi duk wak pizz.alhmdulillah licin semu.ni kyg lagi rasa.hihi..

pizza bawang+cendawan

pizza cendawan+sosej+nanas n cheese

* pic lepas bakar xsempat amik. dah licin..huhu..


Bahan untuk pizza
500 tepung gandum
1 paket yeast mauripan
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar majerin
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak - qienah guna minyak jagung

cara membuatnya:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


SOS PIZZA

bahan
250 gm daging kisar
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak
1cawan tomato puree ~jika nak pedas,tambahkan cili mesin
garam

cara
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging n tomato puree serta garam.
3. Kacau hingga daging masak.Biarkan sehingga pekat.
4. siap, ratakan sos atas inti tadi..
5. kemudian aturkan bahan2 korang suke..cam bawang, cendawan butang, lada bengala, nanas or ape2 sahaja korang suka.
6. Last Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
7. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair


dah siap, so leh makan lekan.hihi.try le,senang je sebenarnya wak..makan pans2 bes..sejuk kurang bes.hihi..

p/s : GA qienah masih berlangsung.. sape nak join klik GIVEAWAY n SINI.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

5 00 suka bertanya..:

Minho said...

Nanti nak cuba larh :)) Yummy!! >.<

Qienah said...

try le, sng je..:P

CaHaYa^KetEnaNGan said...

rajin nyer..akak ada wat apam polkotdot..tak sempat nak publish kat blog...jom wat cheese tart

milah said...

hihi..de gak teringin wak cheese tart 2 tp mhl le brg2 ye.:P

Kak Amy said...

wahhh nampak sedap nie , nak cuba la..


p/s: template kita sama la hehe...jemput menyertai contest sinar raudah http://www.sinarraudah.com/2011/12/contest-anniversary-sinar-raudah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...