Friday, December 13, 2013

LAMA TAK DATING

Assalamulaikum..

Lamanya tak dating dengan en husband kat luar...Selalu dating di hospital je.huhu.. Balik dari hospital hari tu singgah makan di sri kembangan.. En husband keje hari tu, kul8++ baru sampai hospital.. So,lewat dah nak balik masak.. Mula-mula nak singgah kedai siam tapi ramai sangat, cancel singgah.. Biasalah, pesakit macam qienah ni tak boleh sangat ke tempat-tempat ramai orang.


Akhirnya behenti kat satu cafe, lupa dah nama ye.. Memang tertutup, siap ekon lagi. Qienah kalau makan weastern suka sangat order lamb chop tapi sekarang tak boleh makan daging kena pantang.. So,order spageti ayam n mashed potato je.. En husband lak pesan steak daging.. Sedap juga makan kat sini, lain kali boleh pergi lagi..

*sekarang kemana-mana mesti bertopeng, untuk elak jangkitan. huhu..segan tak segan, perlu untuk sihat...





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 10, 2013

BEREHAT DI RUMAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat balik berehat di rumah setelah 2 minggu di hospital.. Duduk rumah ok sikitkan, orang kate ada privasi.. Kalau duduk hospital gak, open je.huhu.. Lagipun duduk rumah tak de puas sangat, walaupun rumah tak luas tapi itu rumah kita..hihi..


Duduk rumah apartment je.. Insyallah nanti cari rumah lain.. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, November 21, 2013

JOM PI HOSPITAL

Assalamualaikum..


Sister dah kol tadi, suruh masuk hospital  harini.. Esok buat kimoterapi.huhu.. So, ni sudah siap mengemas barang-barang untuk dibawa, sekejab lagi bertolak ke hospital.. Harap-harap tak lama masuk untuk 3rd cycle kimoterapi ni. 

* duduk hospital tak dapat le nak berblog.. :(






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SETAHUN SUDAH

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Dah setahun anak mama ye.. Dapat juga sambut besday anak mama ni.. walaupun terlambat, tertunda coz mama ye ni kena duduk hospital time besday ye..huhu.. Lewat-lewat dapat hadiah jugak kan? thank kak sofiya, pakcik-pakcik n makcik-makcik sudi kasi hadiah n datang.. Sedap makan kan, tok aleesya buat laksa ^_^

Semoga anak mamani jadi anak yang solehah ye sayang.  Jangan nakal-nakal tau.. Sian acik n tok, mesti letih jaga anak mama yang tengah lasak sekarangni.huhu..Nanti besar jangan lupa doakan mama n baba ye. sayang kamu..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, November 20, 2013

KEHIDUPANKU BERUBAH

Assalamualaikum..

Lama betul tak menulis di blog kesayangan qienah ini..Membaca n komen bloger-blogerpun dah lama tak.Dah lam tak on laptop, dengan tab payah sikit nak menaip..Sedih jugakan.. Apapun, buat rakan semua, qienah tak lupa korang ^_^



Sekarang, rumah kedua qienah di hospital. so, memang betiul-betul dah berubah..Inilah rutin qienah di hospital, menghadapi kimoterapi sejak di sahkan penyakit 2bulan lepas.. Redha dengan ketentuan dari NYA,qienah kena kuat demi suami, anak n family.. Setiap penyakit itu ada sebabnya, think +ve.. betul tak?


Selepas aidilfitri tahun ni, semua berubah.. Thank sangat-sangat buat suamiku, sentiasa ada dengan qienah..Love you.. ^_^



Rindu sama anak mama ni, sori sayang.. Mama tak dapat jaga aleesya.. Nanti mama sihat, kita duk sama-sama ye.. Mama, baba n aleesya.. Duduk baik-baik dengan acik n tok. Jadi anak solehah tau..

* thank buat family n rakan yang melawat qienah di hospital,tak lupa juga yang doakan qienahni.. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, May 28, 2013

ANAK MAMA DAH MAKAN

Assalamualikum..

Lama betul tak update blog ye.huhu.. bukan apa, sejak online guna note. payah sikit nak update blog.huhu. tapi masih membaca blog-blog kekawan. 

Pejam celik dah besar anak mama ni. alhamdulillah sihat, setakatni belum demam cuma batuk n selsema je. itupun dah susah hati. oh anak.. :)


macam-macam ragam ketika makan.. kadang macam bercerita lak. mulut ye.hihi..

Alhamdulillah, kasi makan puri mesti makan cuma banyak sikit je. setakatni baru makan puri sweet potato, epal n pear. Lepasni kasi makan nasi n campu-campur puri le.. kira pelbagai le, baru tak bosan.. betul tak.. ni entah berape berat, 6bulan hati tu dah 7.4kg.. love u sayang.. ♥♥

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, March 2, 2013

DUA BIJI TELUR KUNING

Assalamualaikum

 Cuba teka, berapa biji telur dalam bekasni? 

Hari tu 1st time beli telur gred A satu rakit di Tesco Bandar Bukit Puchong 2. Mula-mula masak, pecahkan tengok ada dua telur kuning, tak pelik le. biasa dah.. Esok tu masak telur lagi, tapi yang peliknya, dua juga telur kuningnya. aikk.. Setiap kali masak telur, memang ada dua telur kuning. Kira satu rakit tu semua 2biji telur kuning. Memang kebetulan pulakkan.huhu. Untung jugakan. Jadi besar je kalau masak telur dadar. Kalau le orang buat kuih pakai telur kuning je mesti untungni kan ^_^

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, February 19, 2013

SENYUM...

Assalamualaikum


1  2  3

SENYUM..

Kan cantik kalau aleesya senyum..

betul tak??



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, February 4, 2013

JEMPUT JOIN

Assalamualaikum

Lama tak menaip, no idea le nak menaip apa.huhu.. Apapun, ni qienah nak menjemput korang semua memeriahkan GA di page bisnezz qienah. Hanya LIKE & SHARE je.

klik banner untuk join ye. 

Ada masa 20 hari lagi. Untung-untung korang leh dapat barang craft dari blogshop qienah ni.hihi.. Kalau rasa berminat nak order, boleh le tengok-tengok di blogshop qienah ni ~ e.L.e design.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, January 28, 2013

HABIT BARU ALEESYA

Assalamualaikum


Hoho...Dah ada habit baru anak mama sekarangni ye, suka sangat hisap jari.. tangan kiri pulak tu.. apa le perangai ye.. Dulu perasan, kalau ye lapar ngat memang hisap jari, siap berbunyi-bunyi lagi tapi sekarang tengok, baru sudah menyusu pun nak hisap jari lagi. Tak kenyang ke anak mama ni ye. huhu. Duk google-goole de yang kata memang jenis tabiat budak, Ada yang kata, jenis budak baik yang suka hisap-hisap jari ni. Ada lak kata bahaya, takut jongang pulak giginya nanti. Entah lah, kena fikir +ve n cuba buat Aleesya tak hisap jari lekan.. Tapi kekadang tengok cute n comel anak mama ni hisap jari. hihi. Pepun, yang penting tangan Aleesya bersih lekan.. oh Aleesya..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, January 27, 2013

KENNY ROGERS ROASTER

Assalamualaikum


Sedapnya.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga makan ayam golek ni. hihi.. Kitaorang singgah makan tengah hari di KENNY ROGERS ROASTER selepas bawakan Aleesya jumpa doktor pakar kanak-kanak hari tu. Lama dah terliur nak makan ayam golekni tau. hihi. Thank en bobos kerana bawakan saya makan ye.. Yang atasni en bobos punya, yang qienah ada coleslaw, macaroni cheese n salad kentang. Kenyang perut.  Tengok Aleesya tu, tido je ye. hihi.. Ok gak tidur, senang baba n mama ye nak makan..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, January 26, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Assalamualaikum..

Jom kawan-kawan, kita join segmen ni...


Nak join juga senang je. klik banner di atas ye..

Buat tuan blog, YAYA selamat berkenalan.. ^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SAYA SUDAH 3 BULAN

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, makin besar n comel anak mama ni ye.. 22hb januari hari tu cukup 3bulan dah.. Berat makin naik, dah 4.8kg n badan pun dah makin berisi.. Orang still kata Aleesya kecik tapi bagi mama Aleesya makin membesar n berat.. Aleesya membesar di mata mama kan, hari-hari tengok, tahu lekan. Picture ni d amik lepas balik dari cucuk.. 5bulan nanti pulak jumpa doctor n cucuk.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SETAHUN SUDAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sudah setahun menjadi isteri kepada en bobos yang so cute ni.. Macam anak ye juga, dah jadi cute macam baba ye..tengok pipi le, memang samakan.hihi. Setahun kahwin, dah bertiga kami.

curi picture kat instgram adik ipar.hihi..

Erm, setahun juga le qienah menjadi suri rumah.. Ada rasa seronok, ada juga rasa bosannya.. haha.. Pepun, berbeza sejak ada Aleesya, seronok je..tak sorang dah duk rumah. Ada peneman, walaupun masih tak boleh cakap. Aleesya memang peneman setia..

--> Buat en bobos, thank sangat ye.. Best kek tu, alhamdulillah dapat jugak makan kek.. Untuk hadiah, thank sangat-sangat ye..suka-suka..semoga kita bahagia selamanya. amiinn..






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, January 24, 2013

RESEPI : NASI GORENG IKAN

Assalamualaikum

Korang suka makan nasi goreng tak? Konpem suka, nak-nak kita orang melayu kan, makan pagi-pagi best ni. Kenyang perut kita, boleh buat kerja..Ni Qienah nak share resepi yang selalu juga Qienah masak, terutama bila goreng ikan untuk makan tengah hari or malam tapi tak habis..Paling suka nasi goreng mak di kampung, mesti best..

Bahan-bahan :
Nasi
Ikan goreng - perisi > amik isi je, buang tulang ye.
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili pdi - tumbuk,  nak pedas letak banyak.
1 biji telur
sayur - qienah letak kacang panjang n carrot.
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah, bawang putih bersama cili api yang telah ditumbuk bersama sehingga naik bau.
2.  Pecahkan telur n biarkan seketika, kemudian kacau telur tersebut.
3.  Masukkan ikan n sayur.
4.  Kemudian masukkan nasi n gaul rata ye.
5. Hampir siap, masukan garam n gaul.
6. Siap n boleh di makan.

p/s : makan dengan keropok goreng n ayam goreng sedap..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, January 21, 2013

CIRI BENTUK DAN PAKAIAN

Assalamualaikum.


Tutuplah aurat kamu sebelum aurat itu ditutupkan. Peringatan buat diri ini, selalu juga terbabas tentang auratni, kadang-kadang rasa semua dah tertutup, rupanya TIDAK. huhu.. Konon-konon nak bergaya le katakan tapi...So, jom kita perhatikan istilah menutup aurat dari segi berpakaian sebenarnya..


--> Pakaian hendaklah tebal
--> Tidak terlalu licin dan lembut

--> Pakaian longgar dan melepasi paha atau lutut.

--> Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


p/s: Untuk tambahan n penguraian boleh ke link ini -->Aurat perempuan zaman IT & Hayatuna






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, January 17, 2013

MOTHER & BABY KIDS EXPO JAN 2013

Assalamualaikum

Untuk ibu-ibu n bapa-bapa, jom pakat cari barang baby hujung minggu ni. Mesti banyak baju comel-comel..suka-suka.hihi.


Tapi sayang, ye buat kat PWTC. Payah sikit nak pergi, susah nak cari parking n tak biasa pergi sana dengan kereta. naik komuter senang le. So tak pergi kot. Tunggu nanti dekat midvalley le. Tak silap bulan march or may kot. Tahun lepas pergi tapi masa tu awal lagi pregnant, pergi tengok je le.huhu..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, January 16, 2013

DINER DASH

Assalamualaikum..


Siapa suka main game ni? Sekarang kembali layan gamesni.. Lama dah game ni, zaman study dulu. Godek2 pendrive, ada gamesni. install le. Time bosan, kembali bermain. Nak-nak duk tunggu line internet, kadang-kadang slow, so layan games le. Tak de geram sangat.hihi.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, January 11, 2013

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum

Jom kawan-kawan kita join segmen.. Nak menulis takde idea..so sesi jejalan join apa-apa segmen n giveaway di blog rakan-rakan..^_^

nak join juga klik banner di bawah ye..


NURUL SAKINAH BINTI MOHD NOOR
19 MEI  1985

TARIKH TUTUP:
31 JANUARI 2013


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, January 4, 2013

SAYA BOLEH BANTU PALESTINE

Assalamualaikum..


Sama-sama kita membantu ye.. ikhlas tu penting..








LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, January 2, 2013

ALEESYA DAH BERAT

Assalamualaikum..



Alhamdulillah, dah bertambah berat anak mama ni ye, minggu lepas g cucuk untuk 2bulan. Dah naik jadi 3.7kg dr 2.4kg..naik mendadak juga tu.huhu. Gane tak naik, asyik nak menyusu je.hihi.. tapi Aleesya still kecik juga d mata orang, bukan apa 3.7kg katanya tu baby lahir. anak-anak diorang lahir berat dalam lingkungan itulah tapi Aleesya umur 2bulan baru berat banyak tu.Tak kisah la apa orang kata, yang pasti mama tengok Aleesya dah membesar n sihat. mama dulu lahir 2.4kg gak.kecik juga, socam mama ye lekan.hihi.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...