Showing posts with label LUEKIMIA. Show all posts
Showing posts with label LUEKIMIA. Show all posts

Friday, December 13, 2013

LAMA TAK DATING

Assalamulaikum..

Lamanya tak dating dengan en husband kat luar...Selalu dating di hospital je.huhu.. Balik dari hospital hari tu singgah makan di sri kembangan.. En husband keje hari tu, kul8++ baru sampai hospital.. So,lewat dah nak balik masak.. Mula-mula nak singgah kedai siam tapi ramai sangat, cancel singgah.. Biasalah, pesakit macam qienah ni tak boleh sangat ke tempat-tempat ramai orang.


Akhirnya behenti kat satu cafe, lupa dah nama ye.. Memang tertutup, siap ekon lagi. Qienah kalau makan weastern suka sangat order lamb chop tapi sekarang tak boleh makan daging kena pantang.. So,order spageti ayam n mashed potato je.. En husband lak pesan steak daging.. Sedap juga makan kat sini, lain kali boleh pergi lagi..

*sekarang kemana-mana mesti bertopeng, untuk elak jangkitan. huhu..segan tak segan, perlu untuk sihat...





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 10, 2013

BEREHAT DI RUMAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat balik berehat di rumah setelah 2 minggu di hospital.. Duduk rumah ok sikitkan, orang kate ada privasi.. Kalau duduk hospital gak, open je.huhu.. Lagipun duduk rumah tak de puas sangat, walaupun rumah tak luas tapi itu rumah kita..hihi..


Duduk rumah apartment je.. Insyallah nanti cari rumah lain.. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, November 21, 2013

JOM PI HOSPITAL

Assalamualaikum..


Sister dah kol tadi, suruh masuk hospital  harini.. Esok buat kimoterapi.huhu.. So, ni sudah siap mengemas barang-barang untuk dibawa, sekejab lagi bertolak ke hospital.. Harap-harap tak lama masuk untuk 3rd cycle kimoterapi ni. 

* duduk hospital tak dapat le nak berblog.. :(






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, November 20, 2013

KEHIDUPANKU BERUBAH

Assalamualaikum..

Lama betul tak menulis di blog kesayangan qienah ini..Membaca n komen bloger-blogerpun dah lama tak.Dah lam tak on laptop, dengan tab payah sikit nak menaip..Sedih jugakan.. Apapun, buat rakan semua, qienah tak lupa korang ^_^



Sekarang, rumah kedua qienah di hospital. so, memang betiul-betul dah berubah..Inilah rutin qienah di hospital, menghadapi kimoterapi sejak di sahkan penyakit 2bulan lepas.. Redha dengan ketentuan dari NYA,qienah kena kuat demi suami, anak n family.. Setiap penyakit itu ada sebabnya, think +ve.. betul tak?


Selepas aidilfitri tahun ni, semua berubah.. Thank sangat-sangat buat suamiku, sentiasa ada dengan qienah..Love you.. ^_^



Rindu sama anak mama ni, sori sayang.. Mama tak dapat jaga aleesya.. Nanti mama sihat, kita duk sama-sama ye.. Mama, baba n aleesya.. Duduk baik-baik dengan acik n tok. Jadi anak solehah tau..

* thank buat family n rakan yang melawat qienah di hospital,tak lupa juga yang doakan qienahni.. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...