Monday, January 28, 2013

HABIT BARU ALEESYA

Assalamualaikum


Hoho...Dah ada habit baru anak mama sekarangni ye, suka sangat hisap jari.. tangan kiri pulak tu.. apa le perangai ye.. Dulu perasan, kalau ye lapar ngat memang hisap jari, siap berbunyi-bunyi lagi tapi sekarang tengok, baru sudah menyusu pun nak hisap jari lagi. Tak kenyang ke anak mama ni ye. huhu. Duk google-goole de yang kata memang jenis tabiat budak, Ada yang kata, jenis budak baik yang suka hisap-hisap jari ni. Ada lak kata bahaya, takut jongang pulak giginya nanti. Entah lah, kena fikir +ve n cuba buat Aleesya tak hisap jari lekan.. Tapi kekadang tengok cute n comel anak mama ni hisap jari. hihi. Pepun, yang penting tangan Aleesya bersih lekan.. oh Aleesya..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, January 27, 2013

KENNY ROGERS ROASTER

Assalamualaikum


Sedapnya.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga makan ayam golek ni. hihi.. Kitaorang singgah makan tengah hari di KENNY ROGERS ROASTER selepas bawakan Aleesya jumpa doktor pakar kanak-kanak hari tu. Lama dah terliur nak makan ayam golekni tau. hihi. Thank en bobos kerana bawakan saya makan ye.. Yang atasni en bobos punya, yang qienah ada coleslaw, macaroni cheese n salad kentang. Kenyang perut.  Tengok Aleesya tu, tido je ye. hihi.. Ok gak tidur, senang baba n mama ye nak makan..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, January 26, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Assalamualaikum..

Jom kawan-kawan, kita join segmen ni...


Nak join juga senang je. klik banner di atas ye..

Buat tuan blog, YAYA selamat berkenalan.. ^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SAYA SUDAH 3 BULAN

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, makin besar n comel anak mama ni ye.. 22hb januari hari tu cukup 3bulan dah.. Berat makin naik, dah 4.8kg n badan pun dah makin berisi.. Orang still kata Aleesya kecik tapi bagi mama Aleesya makin membesar n berat.. Aleesya membesar di mata mama kan, hari-hari tengok, tahu lekan. Picture ni d amik lepas balik dari cucuk.. 5bulan nanti pulak jumpa doctor n cucuk.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SETAHUN SUDAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sudah setahun menjadi isteri kepada en bobos yang so cute ni.. Macam anak ye juga, dah jadi cute macam baba ye..tengok pipi le, memang samakan.hihi. Setahun kahwin, dah bertiga kami.

curi picture kat instgram adik ipar.hihi..

Erm, setahun juga le qienah menjadi suri rumah.. Ada rasa seronok, ada juga rasa bosannya.. haha.. Pepun, berbeza sejak ada Aleesya, seronok je..tak sorang dah duk rumah. Ada peneman, walaupun masih tak boleh cakap. Aleesya memang peneman setia..

--> Buat en bobos, thank sangat ye.. Best kek tu, alhamdulillah dapat jugak makan kek.. Untuk hadiah, thank sangat-sangat ye..suka-suka..semoga kita bahagia selamanya. amiinn..






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, January 24, 2013

RESEPI : NASI GORENG IKAN

Assalamualaikum

Korang suka makan nasi goreng tak? Konpem suka, nak-nak kita orang melayu kan, makan pagi-pagi best ni. Kenyang perut kita, boleh buat kerja..Ni Qienah nak share resepi yang selalu juga Qienah masak, terutama bila goreng ikan untuk makan tengah hari or malam tapi tak habis..Paling suka nasi goreng mak di kampung, mesti best..

Bahan-bahan :
Nasi
Ikan goreng - perisi > amik isi je, buang tulang ye.
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili pdi - tumbuk,  nak pedas letak banyak.
1 biji telur
sayur - qienah letak kacang panjang n carrot.
minyak untuk menumis
garam

Cara-cara :
1. Tumis bawang merah, bawang putih bersama cili api yang telah ditumbuk bersama sehingga naik bau.
2.  Pecahkan telur n biarkan seketika, kemudian kacau telur tersebut.
3.  Masukkan ikan n sayur.
4.  Kemudian masukkan nasi n gaul rata ye.
5. Hampir siap, masukan garam n gaul.
6. Siap n boleh di makan.

p/s : makan dengan keropok goreng n ayam goreng sedap..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, January 21, 2013

CIRI BENTUK DAN PAKAIAN

Assalamualaikum.


Tutuplah aurat kamu sebelum aurat itu ditutupkan. Peringatan buat diri ini, selalu juga terbabas tentang auratni, kadang-kadang rasa semua dah tertutup, rupanya TIDAK. huhu.. Konon-konon nak bergaya le katakan tapi...So, jom kita perhatikan istilah menutup aurat dari segi berpakaian sebenarnya..


--> Pakaian hendaklah tebal
--> Tidak terlalu licin dan lembut

--> Pakaian longgar dan melepasi paha atau lutut.

--> Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


p/s: Untuk tambahan n penguraian boleh ke link ini -->Aurat perempuan zaman IT & Hayatuna






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, January 17, 2013

MOTHER & BABY KIDS EXPO JAN 2013

Assalamualaikum

Untuk ibu-ibu n bapa-bapa, jom pakat cari barang baby hujung minggu ni. Mesti banyak baju comel-comel..suka-suka.hihi.


Tapi sayang, ye buat kat PWTC. Payah sikit nak pergi, susah nak cari parking n tak biasa pergi sana dengan kereta. naik komuter senang le. So tak pergi kot. Tunggu nanti dekat midvalley le. Tak silap bulan march or may kot. Tahun lepas pergi tapi masa tu awal lagi pregnant, pergi tengok je le.huhu..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, January 16, 2013

DINER DASH

Assalamualaikum..


Siapa suka main game ni? Sekarang kembali layan gamesni.. Lama dah game ni, zaman study dulu. Godek2 pendrive, ada gamesni. install le. Time bosan, kembali bermain. Nak-nak duk tunggu line internet, kadang-kadang slow, so layan games le. Tak de geram sangat.hihi.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, January 11, 2013

SEGMEN : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum

Jom kawan-kawan kita join segmen.. Nak menulis takde idea..so sesi jejalan join apa-apa segmen n giveaway di blog rakan-rakan..^_^

nak join juga klik banner di bawah ye..


NURUL SAKINAH BINTI MOHD NOOR
19 MEI  1985

TARIKH TUTUP:
31 JANUARI 2013


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, January 4, 2013

SAYA BOLEH BANTU PALESTINE

Assalamualaikum..


Sama-sama kita membantu ye.. ikhlas tu penting..








LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, January 2, 2013

ALEESYA DAH BERAT

Assalamualaikum..



Alhamdulillah, dah bertambah berat anak mama ni ye, minggu lepas g cucuk untuk 2bulan. Dah naik jadi 3.7kg dr 2.4kg..naik mendadak juga tu.huhu. Gane tak naik, asyik nak menyusu je.hihi.. tapi Aleesya still kecik juga d mata orang, bukan apa 3.7kg katanya tu baby lahir. anak-anak diorang lahir berat dalam lingkungan itulah tapi Aleesya umur 2bulan baru berat banyak tu.Tak kisah la apa orang kata, yang pasti mama tengok Aleesya dah membesar n sihat. mama dulu lahir 2.4kg gak.kecik juga, socam mama ye lekan.hihi.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...