Showing posts with label PREGNANT. Show all posts
Showing posts with label PREGNANT. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

MOTHER & BABY KIDS EXPO JAN 2013

Assalamualaikum

Untuk ibu-ibu n bapa-bapa, jom pakat cari barang baby hujung minggu ni. Mesti banyak baju comel-comel..suka-suka.hihi.


Tapi sayang, ye buat kat PWTC. Payah sikit nak pergi, susah nak cari parking n tak biasa pergi sana dengan kereta. naik komuter senang le. So tak pergi kot. Tunggu nanti dekat midvalley le. Tak silap bulan march or may kot. Tahun lepas pergi tapi masa tu awal lagi pregnant, pergi tengok je le.huhu..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, November 1, 2012

MY BABY

Assalamualakum..

Tadaa.inilah baby Qienah


NUR ZARA ALEESYA BINTI MOHD ZHAFRI
22 OCTOBER 2012
2.15kg..

Alhamdulillah.. semoa anak mama akan menjadi insan yang soleh wa musleh. ameen..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, October 11, 2012

DOA UNTUK KANDUNGAN SIHAT & SELAMAT

Assalamualaikum..

Kalini qienah nak share doa terutamanya untuk si ibu-ibu yang mengandung. Jom sama-sama kita membaca dan amalkan..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Nak banyak doa lagi boleh ke blog ~ http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ~




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, September 26, 2012

BARUT BABY

Assalamualaikum..

Ni nak share barut baby.. Qienah jahit sendiri..Lama dah jahit, tak silap masa puasa hari tu. Ada masa terluang sikit, jadi rajin le sekejab tapi harini baru ada masa nak share.hihi.. Mudah je nak buatnya...kalau korang mahu buat juga, try le..Qienah amik tutorial di blog BILA RAJIN ini..



Qienah buat dalam 12 helai je, banyak ke? Entah lak, tak tau sebenarnya berapa akan digunakan nanti. Qienah guna kain flannel kosong n bercorak.. Warna ni je yang ada, banyak pink pulak.. baby belum tau girl or boy.huhu. Pepun, semua barangni dari belian untuk buat craft Qienah di kedai blog  e.l.e Design. Sekarang tutup sementara untuk ambilan tempahan. Thank semua..^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, September 6, 2012

DAH PILIH ^_^

Assalamualaikum..

Akhirnya kami dah buat pilihan untuk beranak anak 1st kami ni di mana..

Ini dia.....

Bandar Baru Bani

Pilihan ini antara banyak-banyak hospital panel pejabat en husben. Tak jauh sangat dengan rumah.. Kalau dekat Dungun, Terengganu tiada pulak hospital panel. So, beranak di Selangor le.. Lepas tu balik pantang dungun. Tak kisah le di mana-mana, moga semua selamat..

Pagi tadi alhamdulillah dah pergi jumpa doktor pakar di sana. Doktor untuk qienah bernama Dr Mashita.. Baik n mesra juga..Nurse di sanapun ok juga.. Ramai je orang, keadaan hospital juga ok, alhamdulillah..

Minggu depan jumpa lagi doktor, appointment 13/9 pukul 9a.m.. 



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, August 31, 2012

SENARAI WAJIB ADA

Assalamualaikum..

Mingguni dah masuk 30 minggu ye, tak lama dah nak jadi mummy..huhu.. Orang cakap sekarang dah boleh sediakan apa yang patut.. So, qienah google-google jumpa senaraikan apa yang perlu.. Jom tengok..^_^

Untuk Baby -->
  • Tuala mandi  n sapu tangan
  • Kain lampin
  • Pampers ~ newborn punya pampers
  • Pakaian baby ~ 3-4 helai
  • Sarung tangan dan kaki
  • Bedung, barut baby n selimut
  • Set tilam n bantal
  • Alatan mandian baby ~ besen, sabun, bedak, losyen, syampu, putik kapas, lapik getah.
Untuk Mummy -->
  • Buku laporan kesihatan ibu mengandung
  • Sepasang baju ketika pulang dari hospital
  • sandal
  • pakaian dalam
  • Tuala
  • Stoking
  • Tuala wanita khas untuk bersalin
  • Ubat-ubatan
  • Barang mandian n kelengkapan diri ~ syampun, sabun, beda, deodoran, sikat dll.
  • Makanan.
Dah siap cari barang, kena le packing siap-siap ye..Senang nak ke hospital, terus bawa je. Kita tak tau apa akan jadi kan..Apa-apun, semoga semua akan baik-baik n dilindungiNYA..Ameenn..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 23, 2012

UNTUNGNYA MAKAN KURMA

Assalamualaikum..

Ni nak share dengan korang sempena bulan ramadhan. Makanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w ketika berbuka puasa. Ia bukan sahaja baik ketika berpuasa tapi baik juga untuk ibu-ibu yang mengandung.. 

Ibu-ibu memang mahukan yang terbaik untuk anaknya..^_^

* Masa mula-mula mengandung dulu memang makanan rutin. Makan dengan minum susu..Bes je, masa tu tak lalu sangat makan yang lain.huhu. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH SIKAP SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Ni nak share dengan bakal-bakal ibu bapa ye. Jagalah akhlak korang tau. Kita yang akan membentuknya..Anak  itu anugerah dari Allah s.w.t Amik dari FB tadi, baca ye..


Apapun semuanya datang dari Nya, yang pasti..menandung or tidak..kit seharusnya mempunyai akhlak yang baik..bak kata lain, jadilah seorang yang SOLEH wa MUSLEH..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, June 13, 2012

COKLAT vs VANILA

Assalamualaikum..

Korang suka coklat tak/konpem ramai yang minat coklatkan?Nak-nak perempuan, majoriti peminat coklat tapi itulah Qienah ni kurang minat.kalau minatpun bab pembungkusan ye je..memang cantik je n menarik sangat.hihi.. Apapun, harini nak share pasal susu coklat n vanila..^_^ Qienah memang suka sangat susu, kira favourite le..Nak-nak susu dutch lady..best.. So, tak susah n cerewet le untuk minum susu time mengandungni.hihi. 


 Time mengandungni Qienah try susu Anmum khas untuk ibu mengandung..sedap juga..minum suam-suam. Qienah suka perisa vanila je..Terang-terang cakap, perisa coklat kurang best le.hohoho..camne leh try perisa coklat??cik husben tersilap beli, ye tak perasan. Nak pergi tukar dah larut malam, stok susu dah habis di rumah..so, try le perisa coklatni.boleh le tapi memang lagi best perisa vanila..sekarangni kena habiskan susu coklat dulu,baru beli yang baru..jangan membazir, betul tak?^_^

Yang penting, susu banyak kebaikannya..^_^





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, May 21, 2012

SURAH TERBAIK SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum..
Ni qienah nak share apa yang qienah baru baca tadi. khas buat untuk ibu yang tengah mengandung cam qienah lekan.hihi..


Banyak juga surahnya ye..tapi apa-apapun, sebaik-baiknya kita baca le satu al-quran.ye tak?mak selalu message tanya, dah berapa kali TAMAT baca quran sekarang.huhu.Malu pulak, tak keje tapi quran tak TAMAT lagi tahunni.huhu..pepun, insyallah akan TAMAT juga, dah banyak juzuk baca..alahmdulillah..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, March 16, 2012

BUAH-BUAHAN sahaja BOLEH

Assalamualaikum..
Harini cerita pasal buah la pulak.huhu.. Tak tau la nak cakap, sejak 2, 3 hari ini tekak tak nak terima je apa-apa makanan. Sabar je tau.[tak baik betol asyik nak merungut jekan.huhu] Begini la kalau tak berapa sihat..makanan yang suka semua dah di tolak tepi, tengok sahaja..oh SAKINAH, kenapa kamu begini ye??Korang ada tak tips bagaimana nak tambah selera qienah ni??Tolong..plzzz..


Buat masa sekarang, yang selera cuma buah-buahan je..Laju je makan..Alhmdulillah makan jugakan. Apa-apapun, thank sangat buat en. husben kerana sudi carikan buah untuk qienah..Pastu tolong kupas pulak.Memang baik la, bagus-bagus.Thank you sayang..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...