Showing posts with label MY LIFE. Show all posts
Showing posts with label MY LIFE. Show all posts

Friday, December 13, 2013

LAMA TAK DATING

Assalamulaikum..

Lamanya tak dating dengan en husband kat luar...Selalu dating di hospital je.huhu.. Balik dari hospital hari tu singgah makan di sri kembangan.. En husband keje hari tu, kul8++ baru sampai hospital.. So,lewat dah nak balik masak.. Mula-mula nak singgah kedai siam tapi ramai sangat, cancel singgah.. Biasalah, pesakit macam qienah ni tak boleh sangat ke tempat-tempat ramai orang.


Akhirnya behenti kat satu cafe, lupa dah nama ye.. Memang tertutup, siap ekon lagi. Qienah kalau makan weastern suka sangat order lamb chop tapi sekarang tak boleh makan daging kena pantang.. So,order spageti ayam n mashed potato je.. En husband lak pesan steak daging.. Sedap juga makan kat sini, lain kali boleh pergi lagi..

*sekarang kemana-mana mesti bertopeng, untuk elak jangkitan. huhu..segan tak segan, perlu untuk sihat...





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 10, 2013

BEREHAT DI RUMAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat balik berehat di rumah setelah 2 minggu di hospital.. Duduk rumah ok sikitkan, orang kate ada privasi.. Kalau duduk hospital gak, open je.huhu.. Lagipun duduk rumah tak de puas sangat, walaupun rumah tak luas tapi itu rumah kita..hihi..


Duduk rumah apartment je.. Insyallah nanti cari rumah lain.. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, November 21, 2013

JOM PI HOSPITAL

Assalamualaikum..


Sister dah kol tadi, suruh masuk hospital  harini.. Esok buat kimoterapi.huhu.. So, ni sudah siap mengemas barang-barang untuk dibawa, sekejab lagi bertolak ke hospital.. Harap-harap tak lama masuk untuk 3rd cycle kimoterapi ni. 

* duduk hospital tak dapat le nak berblog.. :(






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SETAHUN SUDAH

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Dah setahun anak mama ye.. Dapat juga sambut besday anak mama ni.. walaupun terlambat, tertunda coz mama ye ni kena duduk hospital time besday ye..huhu.. Lewat-lewat dapat hadiah jugak kan? thank kak sofiya, pakcik-pakcik n makcik-makcik sudi kasi hadiah n datang.. Sedap makan kan, tok aleesya buat laksa ^_^

Semoga anak mamani jadi anak yang solehah ye sayang.  Jangan nakal-nakal tau.. Sian acik n tok, mesti letih jaga anak mama yang tengah lasak sekarangni.huhu..Nanti besar jangan lupa doakan mama n baba ye. sayang kamu..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, November 20, 2013

KEHIDUPANKU BERUBAH

Assalamualaikum..

Lama betul tak menulis di blog kesayangan qienah ini..Membaca n komen bloger-blogerpun dah lama tak.Dah lam tak on laptop, dengan tab payah sikit nak menaip..Sedih jugakan.. Apapun, buat rakan semua, qienah tak lupa korang ^_^



Sekarang, rumah kedua qienah di hospital. so, memang betiul-betul dah berubah..Inilah rutin qienah di hospital, menghadapi kimoterapi sejak di sahkan penyakit 2bulan lepas.. Redha dengan ketentuan dari NYA,qienah kena kuat demi suami, anak n family.. Setiap penyakit itu ada sebabnya, think +ve.. betul tak?


Selepas aidilfitri tahun ni, semua berubah.. Thank sangat-sangat buat suamiku, sentiasa ada dengan qienah..Love you.. ^_^



Rindu sama anak mama ni, sori sayang.. Mama tak dapat jaga aleesya.. Nanti mama sihat, kita duk sama-sama ye.. Mama, baba n aleesya.. Duduk baik-baik dengan acik n tok. Jadi anak solehah tau..

* thank buat family n rakan yang melawat qienah di hospital,tak lupa juga yang doakan qienahni.. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, March 2, 2013

DUA BIJI TELUR KUNING

Assalamualaikum

 Cuba teka, berapa biji telur dalam bekasni? 

Hari tu 1st time beli telur gred A satu rakit di Tesco Bandar Bukit Puchong 2. Mula-mula masak, pecahkan tengok ada dua telur kuning, tak pelik le. biasa dah.. Esok tu masak telur lagi, tapi yang peliknya, dua juga telur kuningnya. aikk.. Setiap kali masak telur, memang ada dua telur kuning. Kira satu rakit tu semua 2biji telur kuning. Memang kebetulan pulakkan.huhu. Untung jugakan. Jadi besar je kalau masak telur dadar. Kalau le orang buat kuih pakai telur kuning je mesti untungni kan ^_^

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, January 28, 2013

HABIT BARU ALEESYA

Assalamualaikum


Hoho...Dah ada habit baru anak mama sekarangni ye, suka sangat hisap jari.. tangan kiri pulak tu.. apa le perangai ye.. Dulu perasan, kalau ye lapar ngat memang hisap jari, siap berbunyi-bunyi lagi tapi sekarang tengok, baru sudah menyusu pun nak hisap jari lagi. Tak kenyang ke anak mama ni ye. huhu. Duk google-goole de yang kata memang jenis tabiat budak, Ada yang kata, jenis budak baik yang suka hisap-hisap jari ni. Ada lak kata bahaya, takut jongang pulak giginya nanti. Entah lah, kena fikir +ve n cuba buat Aleesya tak hisap jari lekan.. Tapi kekadang tengok cute n comel anak mama ni hisap jari. hihi. Pepun, yang penting tangan Aleesya bersih lekan.. oh Aleesya..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, January 27, 2013

KENNY ROGERS ROASTER

Assalamualaikum


Sedapnya.. Alhamdulillah akhirnya dapat juga makan ayam golek ni. hihi.. Kitaorang singgah makan tengah hari di KENNY ROGERS ROASTER selepas bawakan Aleesya jumpa doktor pakar kanak-kanak hari tu. Lama dah terliur nak makan ayam golekni tau. hihi. Thank en bobos kerana bawakan saya makan ye.. Yang atasni en bobos punya, yang qienah ada coleslaw, macaroni cheese n salad kentang. Kenyang perut.  Tengok Aleesya tu, tido je ye. hihi.. Ok gak tidur, senang baba n mama ye nak makan..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, January 26, 2013

SAYA SUDAH 3 BULAN

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, makin besar n comel anak mama ni ye.. 22hb januari hari tu cukup 3bulan dah.. Berat makin naik, dah 4.8kg n badan pun dah makin berisi.. Orang still kata Aleesya kecik tapi bagi mama Aleesya makin membesar n berat.. Aleesya membesar di mata mama kan, hari-hari tengok, tahu lekan. Picture ni d amik lepas balik dari cucuk.. 5bulan nanti pulak jumpa doctor n cucuk.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SETAHUN SUDAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sudah setahun menjadi isteri kepada en bobos yang so cute ni.. Macam anak ye juga, dah jadi cute macam baba ye..tengok pipi le, memang samakan.hihi. Setahun kahwin, dah bertiga kami.

curi picture kat instgram adik ipar.hihi..

Erm, setahun juga le qienah menjadi suri rumah.. Ada rasa seronok, ada juga rasa bosannya.. haha.. Pepun, berbeza sejak ada Aleesya, seronok je..tak sorang dah duk rumah. Ada peneman, walaupun masih tak boleh cakap. Aleesya memang peneman setia..

--> Buat en bobos, thank sangat ye.. Best kek tu, alhamdulillah dapat jugak makan kek.. Untuk hadiah, thank sangat-sangat ye..suka-suka..semoga kita bahagia selamanya. amiinn..






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, January 21, 2013

CIRI BENTUK DAN PAKAIAN

Assalamualaikum.


Tutuplah aurat kamu sebelum aurat itu ditutupkan. Peringatan buat diri ini, selalu juga terbabas tentang auratni, kadang-kadang rasa semua dah tertutup, rupanya TIDAK. huhu.. Konon-konon nak bergaya le katakan tapi...So, jom kita perhatikan istilah menutup aurat dari segi berpakaian sebenarnya..


--> Pakaian hendaklah tebal
--> Tidak terlalu licin dan lembut

--> Pakaian longgar dan melepasi paha atau lutut.

--> Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


p/s: Untuk tambahan n penguraian boleh ke link ini -->Aurat perempuan zaman IT & Hayatuna






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, January 16, 2013

DINER DASH

Assalamualaikum..


Siapa suka main game ni? Sekarang kembali layan gamesni.. Lama dah game ni, zaman study dulu. Godek2 pendrive, ada gamesni. install le. Time bosan, kembali bermain. Nak-nak duk tunggu line internet, kadang-kadang slow, so layan games le. Tak de geram sangat.hihi.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, January 4, 2013

SAYA BOLEH BANTU PALESTINE

Assalamualaikum..


Sama-sama kita membantu ye.. ikhlas tu penting..








LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, January 2, 2013

ALEESYA DAH BERAT

Assalamualaikum..



Alhamdulillah, dah bertambah berat anak mama ni ye, minggu lepas g cucuk untuk 2bulan. Dah naik jadi 3.7kg dr 2.4kg..naik mendadak juga tu.huhu. Gane tak naik, asyik nak menyusu je.hihi.. tapi Aleesya still kecik juga d mata orang, bukan apa 3.7kg katanya tu baby lahir. anak-anak diorang lahir berat dalam lingkungan itulah tapi Aleesya umur 2bulan baru berat banyak tu.Tak kisah la apa orang kata, yang pasti mama tengok Aleesya dah membesar n sihat. mama dulu lahir 2.4kg gak.kecik juga, socam mama ye lekan.hihi.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, December 27, 2012

KARI KEPALA IKAN

Assalamualaikum

mmmm..alhamdulillah..kenyang duk makan kari kepala ikan ni.. Buat sendiri je, kalau beli konpem mahalkan.huhu..Ntah ikan apa, tak ingat dah nama ye. Ikan ni dapat daripada saudara en husben, Ayah su. Ye pergi mengail kat sarawak seminggu sebulan raya korban hari tu. Banyak juga ikan yang ye dapat, so ni ye bahagi le..fresh lagi masa dapat tau. Memang best.. 

Semua bahan n mula-mula masak Qienah yang siapkan. Yang menyudakanhnya, letak garam n rasa-rasa en husben. Masa ni aleesya menangis, duduk dengan baba yepun tak nak. So, mama ye pegang..kasi susu terus  senyap..lapar rupanye dia.anak mama..anak mama..

Resepi ye senang je.sape nak?hihi..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 25, 2012

KENDURI KAHWIN

Assalamualaikum


Hujung-hujung tahun banyak le kendurikan. Untuk hujung tahunni qienah sempat pergi kenduri kahwin sahabat lama masa Uitm Shah Alam dulu, rumahnya di klang je.. Kira dekat je pergi, kira 1st time Aleesya g knduri kawan mama nya. Ikut tema lak Aleesya ye, sama dengan pengantin, baju PINK tu. hihi.Buat intan & suami : 
Selamat pengantin baru n semoga bebahagia. Semoga cepat-cepat dapat anak juga ye. Aminn


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, December 19, 2012

ALEESYA DAH BOTAK

Assalamualaikum..

2Minggu lepas dah setle majlis akikah n cukur jambu Aleesya..Buat kecil-kecil je di kampung en husben. Jemput saudara mara n jiran terdekat  je.Alhmdulillah ramai yang datang.. Meriah juga..Rezeki pun murah.Terima kasih semua..


2hari lepas majlis, mama n baba Aleesya yang botakkan rambut.. mula tak berani tapi baba kata boleh.. Botak juga akhirnya.


Tadaa.. Botak dah.. cam boy lak.hihi..

So, nak nampak girl, pakai headband dah.. dibeli oleh cik farrah ye..Cantik je.. Nanti mama nak buat headband untuk leesya juga le.. ^_^

* Tak de lak picture masa majlis tu.. Dengan adik ipar ada tapi tak sempat ambil.huhu..






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, November 25, 2012

CINTA SUAMI ISTERI


Assalamualaikum..

Sayang tak suami or isteri korang? mestilah sayangkan. So, qienah nak share tip ni.. khas untuk yang dah kahwin, yang belum jangan ngade-ngade pulak. 



  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah.
  • Luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sibuk macam manapun, sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama .
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

Mudah jekan. Sama-sama kita amalkan..^_^




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, November 16, 2012

MANDIAN HERBA BERSALIN TYT

Assalamualaikum..

Inilah mandian yang qienah duk pakai time pantangni.. semua mak yang carikan.. dah empat kotak beli. Tak mahalpun, qienah guna berulang kali gak.hihi.. Best juga mandi ni..wangi je.hihi.. kira ni mandi serum le. yang pasti boleh menyegarkan.

Kelebihan mandiani boleh meningkatkan edaran darah, menghilangkan angin badan n mengukuhkan otot dan sendi. So, cubalah..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, November 12, 2012

ALEESYA SIHAT

Assalamualaikum..

Baba saya punya keje..

Alhamdulillah, aleesya dah sembuh or kurang dah kuning. Nurse cakap normal dah. So, dah tak perlu ke klinik kesihatan lagi untuk amik darah.. Kesian anak mama ni, kecik-kecik dah kena amik darah. huhu. 21hb ni pulak ke klinik kesihatan kat rumah ni untuk pemeriksaan sebulan n cucuk. Mama pun kena  cek juga nanti ye.. ^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...