Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts
Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts

Monday, January 21, 2013

CIRI BENTUK DAN PAKAIAN

Assalamualaikum.


Tutuplah aurat kamu sebelum aurat itu ditutupkan. Peringatan buat diri ini, selalu juga terbabas tentang auratni, kadang-kadang rasa semua dah tertutup, rupanya TIDAK. huhu.. Konon-konon nak bergaya le katakan tapi...So, jom kita perhatikan istilah menutup aurat dari segi berpakaian sebenarnya..


--> Pakaian hendaklah tebal
--> Tidak terlalu licin dan lembut

--> Pakaian longgar dan melepasi paha atau lutut.

--> Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


p/s: Untuk tambahan n penguraian boleh ke link ini -->Aurat perempuan zaman IT & Hayatuna






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, December 1, 2012

JANGAN TIUP AIR PANAS

Assalamualaikum..

Suka minum air panas? Mesti ramai suka minum air sejuk kan.kan.nak-nak yang berais..untuk hilang dahaga le katanya. Tapi yang bagus minum air panas or suam.. Tapi itulah, kalau minum yang panas, mesti nak tiup, kasi cepat sejuk. huhu.. Ni de sikit info, amik dari fb.. sharing kan bagus..


Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Beliau tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yang dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2) maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung. Subhanallah, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanafaat. Wallahu'alam...

Sama le dengan mak qienah, dari kecik lagi selalu juga marah tiup-tiup air panas ni..cikgu science le katakan..hihi..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, November 25, 2012

CINTA SUAMI ISTERI


Assalamualaikum..

Sayang tak suami or isteri korang? mestilah sayangkan. So, qienah nak share tip ni.. khas untuk yang dah kahwin, yang belum jangan ngade-ngade pulak. 



  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah.
  • Luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sibuk macam manapun, sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama .
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

Mudah jekan. Sama-sama kita amalkan..^_^




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, November 17, 2012

SAVE THEM

Assalamualaikum..


Sama-sama kita berdoa untuk mereka.. Ya Allah, please save them..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Assalamualaikum..


Alhamdulillah masih hidup kita di dunia ini. Qienah ucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH ye semua. Dah tahun baru kita kan. Semoga tahun baru ini memberi sinar n membawa kebaikkan kepada kita semua. AMEEN. Jangan lupa baca doa awal tahun n akhir tahun ye.-DOA-


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, October 11, 2012

DOA UNTUK KANDUNGAN SIHAT & SELAMAT

Assalamualaikum..

Kalini qienah nak share doa terutamanya untuk si ibu-ibu yang mengandung. Jom sama-sama kita membaca dan amalkan..

“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Nak banyak doa lagi boleh ke blog ~ http://doamommyutkmu.blogspot.com/ ~




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, October 2, 2012

MODAL BERJUMPA ALLAH s.w.t

Assalamualaikum..


Rakaat    :     Waktu
      2               SUBUH
       4                ZOHOR
     4                  ASAR
        3             MAGHRIB
   4                ISYA'

Alhamdulillah sekarang cukup solatku cuma perlu banyak lagi diperbaiki..Yang penting, jangan melengah-lengahkan solat n semoga semua solat ini diterima  olehNYA..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 30, 2012

JOM BELAJAR QURAN

Assalamualaikum..

Ni nak share apa yang  Qienah baca kat FB tadi..
Mesti korang selalu perasan tanda-tanda ni time membaca al-Quran kan?Tau tak apa maknanya? Meh kita kongsi-kongsi pengetahuan ye.. Tanda-tanda ini penting juga, jangan main redah je membaca..Betul tak?



Nak lebih faham boleh download di

Semoga perkongsian ini membawa manfaat..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 23, 2012

UNTUNGNYA MAKAN KURMA

Assalamualaikum..

Ni nak share dengan korang sempena bulan ramadhan. Makanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w ketika berbuka puasa. Ia bukan sahaja baik ketika berpuasa tapi baik juga untuk ibu-ibu yang mengandung.. 

Ibu-ibu memang mahukan yang terbaik untuk anaknya..^_^

* Masa mula-mula mengandung dulu memang makanan rutin. Makan dengan minum susu..Bes je, masa tu tak lalu sangat makan yang lain.huhu. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Assalamualaikum..

Pejam celik, dah nak masuk bulan baru kan..Esok lusa dah nak ramadhan..Sekejap je..So, bagi yang sempat jangan lepaskan peluang ye..Ramadhan hanya setahun sekali..

Nanti jangan lupa niat ye..

SALAM RAMADHAN 

buat PEMBACA semua..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH SIKAP SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Ni nak share dengan bakal-bakal ibu bapa ye. Jagalah akhlak korang tau. Kita yang akan membentuknya..Anak  itu anugerah dari Allah s.w.t Amik dari FB tadi, baca ye..


Apapun semuanya datang dari Nya, yang pasti..menandung or tidak..kit seharusnya mempunyai akhlak yang baik..bak kata lain, jadilah seorang yang SOLEH wa MUSLEH..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 2, 2012

SYAABAN...RAMADHAN

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan syaaban kita ye..dah sedia nak ramadhan ke??Alhamdulillah qienah dah ganti semua puasa tahun lalu.Insyalah tahunni boleh puasa penuh..Apapun, yang pnting bukan puasa sahaja, kita juga perlu banyak buat amalan-amalan sunat lain..So, kena le bermula sekarang..latih diri..betul tak?nanti bila ramadhan dah bersedia..

Ni nak share sikit apa yang bagus n digalakkan di bulan syaaban..


  • Memperbanyakkan puasa sunat - Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan  Syaaban  ini. " 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. - Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan  Syaaban , bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." ~ Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin.
  • Bertaubat - Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. " Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan  Syaaban , baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan  Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. 
  • Memperbanyakkan amalan sunnat di malam dan siang hari - solat sunnat awabin, rawatib, solat tahujjud, solat hajat, solat dhuha, membaca al-quran, menghafaz dan banyak lagi.
Banyak amalan yang boleh kita lakukan, yang penting kena tanam sifat rajin..Jangan malas-malas..Ingat, hidup kita bukan hanya didunia..Kita belum tahu sampai bila hidup kita..Jangan tunggu tua or dah pencen baru nak buats semua..

p/s : nak baca pasa nisfu syaaban? leh link ke iluvislam..menarik untuk di baca..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, June 25, 2012

JOM SOLAT DHUHA

Assalamualaikum..

Pagi-pagi korang busy tak? Mesti ada masa lapangkan?Walau kerja, mesti ada waktu rehatkan? So, jom kita sama-sama amalkan solat sunat ye. Bukan ambil masa yang lama, 5minit je..Nak-nak tak lama dah nak ramadhan, jadikanlah amalan solat dhuha dari sekarang. Insyallah murah rezeki n buat kita sentiasa ingat pada NYA.

“ Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” ~ Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi



Boleh dilakukan antara pukul 8a.m - 12.30 p.m..Lama juga, ye tak?

Bacaan doa selepas Solat  Dhuha


Sama-samalah kita melakukannya, banyak kelebihan n kebaikkan yang kita perolehi.
Insyallah. Selamat beramal....



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, May 21, 2012

SURAH TERBAIK SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum..
Ni qienah nak share apa yang qienah baru baca tadi. khas buat untuk ibu yang tengah mengandung cam qienah lekan.hihi..


Banyak juga surahnya ye..tapi apa-apapun, sebaik-baiknya kita baca le satu al-quran.ye tak?mak selalu message tanya, dah berapa kali TAMAT baca quran sekarang.huhu.Malu pulak, tak keje tapi quran tak TAMAT lagi tahunni.huhu..pepun, insyallah akan TAMAT juga, dah banyak juzuk baca..alahmdulillah..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Wednesday, May 9, 2012

SOLAT itu MUDAH

Assalamualaikum..
Lamanya tak update blogni.huhu..Memang tak terurus betulkan.hihi..So, korang dah solat ke harini? Satu hari ada 5 waktu je untuk solat sebenarnyakan tapi itulah, memang susah betul nak solat on TIME..selagi tak dekat waktu nak habis, mesti tak solatkan. ish..ish..ralik betul dengan duniakan..masyaallah..


Buatlah camni..kan bagus..senang n mudahnya solat sebenarnya..Kita mesti kuat, jangan mudah terpedaya dengan godaan SYAITAN.ok?^_^

SHARING is CARING
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, March 22, 2012

AMALKAN membaca AL-QURAN

Assalamualaikum..

Harini qienah nak mengajak n mengingatkan kawan-kawan serta diri ini sendiri, sentiasa membaca Al-quran n jangan malas-malas. Kita ni ISLAM tapi kadang-kadang kalau di perhati, buat yang WAJIB je iaitu SOLAT.. Amalan lain??culas sangat..Kalau nak tengok orang sibuk buat amalan, tunggu bulan RAMADHAN. Kalau quran tu, ramai yang sibuk nak khatam time bulan RAMADHAN, betul tak? Dulu masa sekolah, ustaz selalu bagitau, " bacalah quran walaupun 10 ayat sehari ". Kira sibuk mana kita, bacalah paling sikit 10 ayat, tanda kita mengingati ALLAH s.wt..

 
Dari Abu Musa r.a katanya : Nabi s.aw bersabda " Selalu-selalulah membaca al-quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas dari unta ditambatnya "

Huraian :
" Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

di petik dari e-Hadith

Jom kawan-kawan, mulai dari hari ini ambil masa kita yang sibuk itu untuk membaca AL-QURAN.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, March 18, 2012

KANAK-KANAK mudah di PENGARUHI

Assalamualaikum..
Jom kita pakat share ye..

kanak-kanak memang mudah mengikut apa yang kita buat.
So, sama-sama kita berkelakuan baik n juga berkata baik-baik di hadapan kanak-kanak. Semua itu proses pembelajaran mereka..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, February 6, 2012

Petua Rasulullah Menjaga Kesihatan

salam maulidur rasul..
apa khabar semua?sihat ke?seronok cuti?sempena ulang tahun kelahiran junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w, qienah nak share pe qienah baca..^___^


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan:

  1. Makan daging.
  2. Memakai haruman.
  3. Kerap mandi.
  4. Berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan:

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata:

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.

Empat perkara merosakan mata:

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran:

  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang soleh.
  4. Bergaul dengan para ulama.

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI ~ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH ~ Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ~ Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN ~Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

copy amik dari : CahayaIslam.net

so, semoga apa yang di share ni dapat le di kongsi bersama ye. sama2 le kita berselawat ke atas junjungan nabi kita. mengikut sunnah nabi banyak baiknya..

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, February 2, 2012

HUKUM Wuduk Suami & Isteri Bersentuhan Kulit

salam semua..
apa khabar?ok tak?alhmdulillah hope semua ok hendaknya.amin..

sejak akhir2 ini sedikit keliru n tertanya2...qienah nak tanya korang le.



adakah sah wuduk atau terbatal wuduk suami isteri jika bersentuhan?


korang rasa camne?qienah kurang arif le. bukan apa, banyak sangat pendapat tapi qienah terjumpa satu pendapat blog...

saya berpendapat bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya, kerana negara kita telah menetapkan mazhab syafie sebagai pegangan, maka kita perlulah menjadikannya sebagai pegangan dalam menentukan sesuatu hukum, ini penting kerana ramai rakyat Malaysia ini jahil dan tidak mendalami ilmu agama dengan sepatutnya. Ini juga penting untuk mengelakkan perbalahan di dalam masyarakat. Kecuali apabila kita ditimpa dharurat atau musibah. Pendapat mazhab syafie lagi menyatakan tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri apabila menyentuh kuku, gigi dan rambut.~ Ustaz Nor Amin

so, pe pandangan korang?pepn yang pasti kita kena yakin n lebih mencari lagi.ilmu FIQH luas..banyak lagi perlu qienah belajar..semoga dapat mencari penjelasan yang sejelas2nya..insyallah..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...