Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Monday, January 21, 2013

CIRI BENTUK DAN PAKAIAN

Assalamualaikum.


Tutuplah aurat kamu sebelum aurat itu ditutupkan. Peringatan buat diri ini, selalu juga terbabas tentang auratni, kadang-kadang rasa semua dah tertutup, rupanya TIDAK. huhu.. Konon-konon nak bergaya le katakan tapi...So, jom kita perhatikan istilah menutup aurat dari segi berpakaian sebenarnya..


--> Pakaian hendaklah tebal
--> Tidak terlalu licin dan lembut

--> Pakaian longgar dan melepasi paha atau lutut.

--> Tidak berwangi-wangian pada pakaian dan badan.
--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

--> Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.


p/s: Untuk tambahan n penguraian boleh ke link ini -->Aurat perempuan zaman IT & Hayatuna






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, January 4, 2013

SAYA BOLEH BANTU PALESTINE

Assalamualaikum..


Sama-sama kita membantu ye.. ikhlas tu penting..








LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, December 24, 2012

ADA CIRI-CIRI SUAMI KORANG KE

Assalamualaikum..

Terbaca di blog sorang rakan, so qienah nak share juga le.hihi. Sama-sama kita baca n peratikan si suami kita ye.hihi.. Tak suami, adik lelaki or abang-abang kita.Lebih kurang je perangai..


Lama dalam toilet
Suami yang merokok, bermain PSP, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan toilet. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil
Masalah ini memang yang selalu dilakukan oleh suami. Sesudah mandi, di situ berpakaian, di situlah juga ditinggalkan tualanya. yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan".

Baju kotor merata tempat 
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh."

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya.


Hihi..Kadang-kadang ada juga betul ye tapi tak semua ler.. Memang ada juga geramnya tapi nak buat camne. Yang penting, berolak ansur le.. Setiap orang ada perangainya... :P




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, December 1, 2012

JANGAN TIUP AIR PANAS

Assalamualaikum..

Suka minum air panas? Mesti ramai suka minum air sejuk kan.kan.nak-nak yang berais..untuk hilang dahaga le katanya. Tapi yang bagus minum air panas or suam.. Tapi itulah, kalau minum yang panas, mesti nak tiup, kasi cepat sejuk. huhu.. Ni de sikit info, amik dari fb.. sharing kan bagus..


Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Beliau tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yang dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2) maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung. Subhanallah, rupanya itulah rahsianya. Semoga bermanafaat. Wallahu'alam...

Sama le dengan mak qienah, dari kecik lagi selalu juga marah tiup-tiup air panas ni..cikgu science le katakan..hihi..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, November 25, 2012

CINTA SUAMI ISTERI


Assalamualaikum..

Sayang tak suami or isteri korang? mestilah sayangkan. So, qienah nak share tip ni.. khas untuk yang dah kahwin, yang belum jangan ngade-ngade pulak. 



  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah.
  • Luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sibuk macam manapun, sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama .
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

Mudah jekan. Sama-sama kita amalkan..^_^




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, September 6, 2012

40 TAHUN LAGI??

Assalamualaikum..

Pagi tadi sempat singgah ke LEMBAGA TABUNG HAJI kat bangi, kemaskinikan buku akaun. Sambil tu, qienah buat pendaftaran haji untuk qienah n en husben. Lepas itu tengok le slip pengesahan ye, ya ampun..

Tahun 2052 tu, lagi 40 tahun tau..Hidup lagi ke masa tu? Kalau hidup lagi, mampu ke? umur dah dekat 60 tahun masa tu.. Hope muda-muda camni le dapat pergi.. Apapun tu cuma tahun peruntukan ye, just untuk panduan. Semoga dapat le pergi awal-awal. 

* Tabung haji akan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 75tahun keatas dulu kalau ada kekosongan.






LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 30, 2012

JOM BELAJAR QURAN

Assalamualaikum..

Ni nak share apa yang  Qienah baca kat FB tadi..
Mesti korang selalu perasan tanda-tanda ni time membaca al-Quran kan?Tau tak apa maknanya? Meh kita kongsi-kongsi pengetahuan ye.. Tanda-tanda ini penting juga, jangan main redah je membaca..Betul tak?



Nak lebih faham boleh download di

Semoga perkongsian ini membawa manfaat..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 23, 2012

UNTUNGNYA MAKAN KURMA

Assalamualaikum..

Ni nak share dengan korang sempena bulan ramadhan. Makanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w ketika berbuka puasa. Ia bukan sahaja baik ketika berpuasa tapi baik juga untuk ibu-ibu yang mengandung.. 

Ibu-ibu memang mahukan yang terbaik untuk anaknya..^_^

* Masa mula-mula mengandung dulu memang makanan rutin. Makan dengan minum susu..Bes je, masa tu tak lalu sangat makan yang lain.huhu. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH SIKAP SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Ni nak share dengan bakal-bakal ibu bapa ye. Jagalah akhlak korang tau. Kita yang akan membentuknya..Anak  itu anugerah dari Allah s.w.t Amik dari FB tadi, baca ye..


Apapun semuanya datang dari Nya, yang pasti..menandung or tidak..kit seharusnya mempunyai akhlak yang baik..bak kata lain, jadilah seorang yang SOLEH wa MUSLEH..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 2, 2012

SYAABAN...RAMADHAN

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan syaaban kita ye..dah sedia nak ramadhan ke??Alhamdulillah qienah dah ganti semua puasa tahun lalu.Insyalah tahunni boleh puasa penuh..Apapun, yang pnting bukan puasa sahaja, kita juga perlu banyak buat amalan-amalan sunat lain..So, kena le bermula sekarang..latih diri..betul tak?nanti bila ramadhan dah bersedia..

Ni nak share sikit apa yang bagus n digalakkan di bulan syaaban..


  • Memperbanyakkan puasa sunat - Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan  Syaaban  ini. " 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. - Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan  Syaaban , bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." ~ Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin.
  • Bertaubat - Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. " Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan  Syaaban , baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan  Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. 
  • Memperbanyakkan amalan sunnat di malam dan siang hari - solat sunnat awabin, rawatib, solat tahujjud, solat hajat, solat dhuha, membaca al-quran, menghafaz dan banyak lagi.
Banyak amalan yang boleh kita lakukan, yang penting kena tanam sifat rajin..Jangan malas-malas..Ingat, hidup kita bukan hanya didunia..Kita belum tahu sampai bila hidup kita..Jangan tunggu tua or dah pencen baru nak buats semua..

p/s : nak baca pasa nisfu syaaban? leh link ke iluvislam..menarik untuk di baca..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, June 26, 2012

PESTA BUKU SELANGOR 2012

Assalamualaikum..


Siapa tinggal di selangor or berhampirannya? suka membaca? Mengumpul buku? Jom sama-sama kita pergi ke pesta buku ini yang diadakan di SACC Mall..Mesti ada buku yang menarik hati.. Lagipun banyak juga aktiviti yang dijalankan..Boleh lihat di web nya ye ~ http://www.pestabukuselangor.my/.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, May 21, 2012

SURAH TERBAIK SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum..
Ni qienah nak share apa yang qienah baru baca tadi. khas buat untuk ibu yang tengah mengandung cam qienah lekan.hihi..


Banyak juga surahnya ye..tapi apa-apapun, sebaik-baiknya kita baca le satu al-quran.ye tak?mak selalu message tanya, dah berapa kali TAMAT baca quran sekarang.huhu.Malu pulak, tak keje tapi quran tak TAMAT lagi tahunni.huhu..pepun, insyallah akan TAMAT juga, dah banyak juzuk baca..alahmdulillah..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, March 22, 2012

AMALKAN membaca AL-QURAN

Assalamualaikum..

Harini qienah nak mengajak n mengingatkan kawan-kawan serta diri ini sendiri, sentiasa membaca Al-quran n jangan malas-malas. Kita ni ISLAM tapi kadang-kadang kalau di perhati, buat yang WAJIB je iaitu SOLAT.. Amalan lain??culas sangat..Kalau nak tengok orang sibuk buat amalan, tunggu bulan RAMADHAN. Kalau quran tu, ramai yang sibuk nak khatam time bulan RAMADHAN, betul tak? Dulu masa sekolah, ustaz selalu bagitau, " bacalah quran walaupun 10 ayat sehari ". Kira sibuk mana kita, bacalah paling sikit 10 ayat, tanda kita mengingati ALLAH s.wt..

 
Dari Abu Musa r.a katanya : Nabi s.aw bersabda " Selalu-selalulah membaca al-quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas dari unta ditambatnya "

Huraian :
" Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: “Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

di petik dari e-Hadith

Jom kawan-kawan, mulai dari hari ini ambil masa kita yang sibuk itu untuk membaca AL-QURAN.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, March 18, 2012

KANAK-KANAK mudah di PENGARUHI

Assalamualaikum..
Jom kita pakat share ye..

kanak-kanak memang mudah mengikut apa yang kita buat.
So, sama-sama kita berkelakuan baik n juga berkata baik-baik di hadapan kanak-kanak. Semua itu proses pembelajaran mereka..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, February 6, 2012

Petua Rasulullah Menjaga Kesihatan

salam maulidur rasul..
apa khabar semua?sihat ke?seronok cuti?sempena ulang tahun kelahiran junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w, qienah nak share pe qienah baca..^___^


PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan:

  1. Makan daging.
  2. Memakai haruman.
  3. Kerap mandi.
  4. Berpakaian dari kapas.

Empat perkara melemahkan badan:

  1. Banyak berkelamin (bersetubuh).
  2. Selalu cemas.
  3. Banyak minum air ketika makan.
  4. Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata:

  1. Duduk mengadap kiblat.
  2. Bercelak sebelum tidur.
  3. Memandang yang hijau.
  4. Berpakaian bersih.

Empat perkara merosakan mata:

  1. Memandang najis.
  2. Melihat orang dibunuh.
  3. Melihat kemaluan.
  4. Membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran:

  1. Tidak banyak berbual kosong.
  2. Rajin bersugi (gosok gigi).
  3. Bercakap dengan orang soleh.
  4. Bergaul dengan para ulama.

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI ~ Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH ~ Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA ~ Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN ~Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

copy amik dari : CahayaIslam.net

so, semoga apa yang di share ni dapat le di kongsi bersama ye. sama2 le kita berselawat ke atas junjungan nabi kita. mengikut sunnah nabi banyak baiknya..

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, December 25, 2011

SUBHANALLAH itu memang KUASA-NYA

salam semua n selamat petang..
tak boleh nak di kate dengan kate2kan..memang ALLAH itu MAHA BESAR..DIA berkuasa menjadikan serta memusnahkan sesuatu itu.so, kita sebagai hamba perlu sentiasa beringat n mengingati ALLAH..betul x?ALLAH menimpa@menjadikan sesuatu BALA atau PETAKA itu pasti ada sebab2nyakan..sama2 kita renungkan..bukan lihat silap kita sahaja tapi kesilapan orang sekeliling kita..sama2 kita beringat dan menegur..

ni nak share peristiwa yang berlaku di pantai TELUK LIPAT, dungun. berhampiran dengan sekolah IMTIAZ (A).pantai yang sangat cantik dan menjadi satu tarikan sudah berubah rupa dengan sekelip mata..subhanallah...

tiap tahun memang selalu terjadi hakisan kat pantaini..ombak biasanya memang besar tapi tahun ini memang teruk. sampai begini jadinya.

qienah memang suke lalu jalan ini..nak2 kalu g SURA or beli ikan tepi pantai.kalau zaman study UITM DUNGUN, memang inilah jalan pilihan...jalan pantai dekat n tak de trafic light..tp satu je, lalu jalanni memang pemandu memang slow le..meghayati keindahan pantai kot..:P

g2 le, sama2 le kita beringat n patuh pada yang ESA..DIA mampu melakukannya..ajak le semua melakukan kebaikkan..jaga kita sahaja..~qienahpun sama..huhu..~



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Friday, December 23, 2011

TUTUP AURAT itu PENTING

salam semua..
kita memang WAJIB menyampaikan sesuatu n berpesan-pesan..betul tak?
sejak2 akhir ini qienah tengok n perasan sangat, kalau dulu orang kate kat bandar je leh jumpa orang2 pelik atau kate lain tak pakai tudung+pakai baju ketat2, baju adik, n seangkatan dengannya tapi sekarang..masayallah..dah jadi 1trend pulakkan.huhu..so kita nak nilai orangpun jadi payah dah..tengok muke cam melayu tapi pakaian ye..ISLAM kah dia?nak tegur or bertanya dah jadi was-was.huhu..kira tak leh pakai le peribahasa inggeris "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER".. sebabnya orang memang akan nilai luaran dulu baru dalaman. betul tak?mata dapat lihat dengan mata kasar, bukan mata halus yang dapat menembusi hati seseorang.huhu..


jom sama2 renung dengan cite di bawah..

Seorang lelaki NON-MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui. Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita: "Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?" Kemudian wanita itu menjawab: "Maaf, saya ISLAM." ...Selepas itu, non-muslim tadi berkata: "Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (bukan Islam) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab) dan menutup aurat. Maaf², saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak ISLAM atau Kristian.


so, sama2 kita renungkan.pakaian memang melamabangkan peribadi seseorang manusia itu..HUKUM ALLAH s.w.t itu PASTI,so jadi le kita seorang muslim or muslimah yang betul2 mencari keredhaan di dunia untuk di bawa ke akhirat nanti bukannya mencari kegembiraan untuk hidup di dunia sahaja.



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Sunday, December 11, 2011

SAYA SUKA MINUM SUSU

salam semua..
gatal menulis jab malamni..hihi..
ntah nape tuliskan.hihi.
.
.



qienah suke sangat susu tau. inilah makanan pagi2 qienah bila nak pergi sekolah.kalau malas memasak pagi2..alhmdulillah keyang tau n dapat tahan smpai tengah hari kenyang ye..lagi satu tabiat, qienah suke letak buah kurma dalam susu..bws tau..xle manis sangat rasa buah kurma.(qienah kurang suke benda2 manis).

so, sini nak kongsi sikit kelebihan susu kambing
~ qienah sekarang minum susu HiGoat ~
--> minuman terbaik di dunia selepas susu ibu
--> sunnah nabi minum susu kambing
--> Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
--> Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
--> Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
--> Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
--> Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam
credit to Anizyn

sekarang dah kurang minum susu ni coz dah xpergi sekolah (dah tak kerja). turun2 dah de saraapan.lupe dah pada susu.huhu.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

salam semua..
cepat je tahun berlalukan..
so, jab lagi kita masuk tahun baru ISLAM.
alhmdulillah masih diberi kesempatan hidup ini..

jom sama2 kita baca doa ini..

semoga tahun baru ini lagi banyak kebaikkan yang kita semua akan buat..yang jahat n dilarang wajib di tinggalkan terus.





LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, November 15, 2011

3 in 1 bahaya??

salam semua..
sihat??huhu.korang peminat 3in1 x?huhu..
bahay tol, terbaca kat FB member td..selameni tau juga bahaya tapi tak tau pulak sebahaya ini.huhu. qienah minat nescafe 3in1 je.selalu juga minum.pasni kena berhati2 le n dengan kata lain JANGAN MINUM dah..

bahaya tolkan??

perasan x, makanan pe yang sihat sekarang ye..
Malaysia dah jadi negara penduduk tergemuk di ASIA.
selalu sangat makan.huhuhu..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...