Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

DUA BIJI TELUR KUNING

Assalamualaikum

 Cuba teka, berapa biji telur dalam bekasni? 

Hari tu 1st time beli telur gred A satu rakit di Tesco Bandar Bukit Puchong 2. Mula-mula masak, pecahkan tengok ada dua telur kuning, tak pelik le. biasa dah.. Esok tu masak telur lagi, tapi yang peliknya, dua juga telur kuningnya. aikk.. Setiap kali masak telur, memang ada dua telur kuning. Kira satu rakit tu semua 2biji telur kuning. Memang kebetulan pulakkan.huhu. Untung jugakan. Jadi besar je kalau masak telur dadar. Kalau le orang buat kuih pakai telur kuning je mesti untungni kan ^_^

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, December 4, 2012

DURIAN CREPE

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dapat juga merasa durian crepe ni. Best juga tau.. Tapi memang best makan durian saja le.hihi. Ni adik qienah order kat facebook.. order semalam, hari ni dah boleh ambil. sekejab je. so nak makan lagi n banyak-banyak boleh try buat sendiri le pulak. Untung buat sendiri. Jimat juga, tadi beli RM10 dapat 6biji. Lagipun tengok resepi  kat blog-blog macam senang je.


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, February 21, 2012

HATI-HATI dengan KEROPOK LEKOR

Salam semua..
Siapa suka makan keropok lekor? kalau orang TERENGGANU kompen memang suka sangat makan keropok lekor kan?hihi.Memang bes sangat-sangat keropok lekor. Tidak kira le yang goreng or rebus semua bes tapi qienah memang suka yang goreng garing.bes sangat..

TAPI..

Anda semua perlu berhati-hati dengan KEROPOK LEKOR GORENG..

KENAPA??

hihi..Tiada apa-apa le, qienah cuma harap korang yang mahu menggoreng keropok lekor perlu lebih berhati-hati ye. Nanti jadi macam qienah ni, dah buruk n parut di muka n tangan kesan daripada menggoreng keropok lekor segera petang semalam.huhu.Keropok tu melekat, qienah nak le asingkan keropok-keropok tu tapi tak tau kenapa tiba-tiba keropok meletup, abis minyak juga meletup sama.huhu.

Pedih sangat rasa masa kena tau.(nak nangis rasa tapi cover..kih..kih..) En bobos cepat-cepat menyapu ubat gigi di tempat kena minyak tau..alhamdulillah tak gelembung cuma ada kesan gelap je sekarang. insyallah nanti hilang le parut-parut ini.

So, lepasni kena lebih berhati le semasa mahu menggoreng keropok lekor..^_^
Ada hikmah semuanya..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...