Assalamualaikum..
Lama tak share resepikan..Jom sama-sama kita buat agar-agar koktel..simple sesangat, dah ada sebuk agar-agar di rumah. merajinkan diri la buat..Paket serbuk agar-agar mertua yang kasi masa nak balik puchong hari tu.hihi..
Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar ~ qienah guna yang 10g
1 tin koktel
1 tin susu
6 sudu besar gula
1200ml air
Cara-cara :
1. Panaskan air n masukkan serbuk agar-agar serta gula.
2. Selepas mendidih, perlahankan api n masukkan susu.
3. Gaul rata n tutup api.
4. Masukkan koktel.
5. Siap n boleh di masukkan ke dalam acuan kegemaran anda..
6. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk, baru sedap untuk di makan.
Senang n simple jekan. Betul tak? Selamat mencuba semua..
LIKE??KASI KOMEN SIKIT