Assalamualaikum..
Ni resepi rekaan.hihi..Bukan apa, nak habiskan ikan dalam peti.Takut buruk pulak, 2minggu juga tinggal rumah hari tu. Balik kampung..Tambahan pulak puasa, bukan makan sangatkan. Lauk lambat le habis.huhu..
Bahan-bahan :
- 2ekor ikan selayang ~ orang luar panggil ikan sardin.
- garam
- serbuk perasa
- daun bawang ~ potong halus
- 2 ulas bawang merah ~ potong dadu, kecil-kecil
- minyak ~ untuk menggoreng
Cara-cara :
- Ambil isi ikan selayang n blander hingga lumat..~ pastikan tulang ikan dibuang ye..
- Kemudian masukkan semua bahan ke dalam ikan yang telah di blander n gaul hingga sebati.
- Bentukkan campuran tadi kepada bentuk kegemaran anda. Qienah buat bulat n tekan sikit. Jadilah camtu. hihi..
- Dah siap bentuk, boleh le goreng hingga garing.
- Siap n boleh dimakan begitu sahaja or dengan nasi.
Selamat mencuba, senang jekan...Sedappun sedap..^_^