Monday, July 30, 2012

JOM BELAJAR QURAN

Assalamualaikum..

Ni nak share apa yang  Qienah baca kat FB tadi..
Mesti korang selalu perasan tanda-tanda ni time membaca al-Quran kan?Tau tak apa maknanya? Meh kita kongsi-kongsi pengetahuan ye.. Tanda-tanda ini penting juga, jangan main redah je membaca..Betul tak?



Nak lebih faham boleh download di

Semoga perkongsian ini membawa manfaat..

LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 23, 2012

UNTUNGNYA MAKAN KURMA

Assalamualaikum..

Ni nak share dengan korang sempena bulan ramadhan. Makanan sunnah nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w ketika berbuka puasa. Ia bukan sahaja baik ketika berpuasa tapi baik juga untuk ibu-ibu yang mengandung.. 

Ibu-ibu memang mahukan yang terbaik untuk anaknya..^_^

* Masa mula-mula mengandung dulu memang makanan rutin. Makan dengan minum susu..Bes je, masa tu tak lalu sangat makan yang lain.huhu. 


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, July 19, 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Assalamualaikum..

Pejam celik, dah nak masuk bulan baru kan..Esok lusa dah nak ramadhan..Sekejap je..So, bagi yang sempat jangan lepaskan peluang ye..Ramadhan hanya setahun sekali..

Nanti jangan lupa niat ye..

SALAM RAMADHAN 

buat PEMBACA semua..




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 16, 2012

ETOK ETOK

Assalamualaikum..


Pernah makan etok ni? Kalau belum, kena try tau..sedappp..

Dulu kalau balik kelantan n singgah di pasar siti khatijah, konpem beli tau..Tiap sorang satu bungkus.hihi..Ye bungkus cam jual kacang kuda je.. Entah berapa RM masa tu.

Sekarang senang, dah kahwin dengan orang Kelantan..Balik kampung je boleh beli..Ye ada jual dekat pasar minggu. Ramai juga orang yang jual tu..Yang kecik RM1, yang besar RM2..berbaloi  dah makan..Masa beli, ye kata makan dengan nasai kerabu best tapi bagi Qienah makan saja lagi best..^_^

Makan memang sedap, tapi beringat..JAGA MAKAN ye..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Saturday, July 14, 2012

THE AMAZING SPIDERMAN

Assalamualaikum..


Korang dah tengok cerita ni?Kalau belum pergi la tengok ye tapi tak yah tengok 3D le, tengok biasa je..tak de yang menarikpun  3D..sakit mata ada pakai cermin mata tu..huhu..

Ceritani menarik juga.Ingatkan sebijik cam spiderman dulu tu tapi tak..Pelakonpun orang lain juga. Memang berbeza le.Kirani spiderman moden le..banyak created semua sendiri.Apapun, kalau korang nak tau bagaimana cerita n aksinya...cepat-cepat pergi tengok ye..

HAVE FUN..



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

SUDOKU

Assalamualaikum..


Siapa minat game ni?

Siapa suka MATEMATIK or NOMBOR, mesti sukakan??

Sekarangni memang ralik je main gameni tau. Memang menguji minda.Dulu beli buku, amik yang medium tak silap..Pastu dah habis beli  yang baru..Habis juga, sekarang mai kat PSP pulak..en husben dah download game tu..Lagi ralik tau, bukan pe..Senang main pakai PSP, boleh delete n add dengan mudah. Kalau buku kena cari pemadam lak.hihi..

So, jom sambung main..EASY n MEDIUM dah habis..HARD pulak..hihi..

Lepasni anak qienah mesti suka juga main gameni.^_^


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Thursday, July 5, 2012

BEZA LAKI n PEREMPUAN??

Assalamualaikum..

Hihi..Just a joke..
Istilah bila perut kembung di hadapankan. 

Lelaki mesti di kata penuh dengan makanan..Perempuan pulak ada isi ~ anak..

Camne pulak dengan perempuan yang buncit jenis tak ada isi (anak).. makan banyak juga ke?tak ada yang komen kan.huhu.




LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Tuesday, July 3, 2012

JAGALAH SIKAP SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum...

Ni nak share dengan bakal-bakal ibu bapa ye. Jagalah akhlak korang tau. Kita yang akan membentuknya..Anak  itu anugerah dari Allah s.w.t Amik dari FB tadi, baca ye..


Apapun semuanya datang dari Nya, yang pasti..menandung or tidak..kit seharusnya mempunyai akhlak yang baik..bak kata lain, jadilah seorang yang SOLEH wa MUSLEH..


LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Monday, July 2, 2012

SYAABAN...RAMADHAN

Assalamualaikum..

Dah masuk bulan syaaban kita ye..dah sedia nak ramadhan ke??Alhamdulillah qienah dah ganti semua puasa tahun lalu.Insyalah tahunni boleh puasa penuh..Apapun, yang pnting bukan puasa sahaja, kita juga perlu banyak buat amalan-amalan sunat lain..So, kena le bermula sekarang..latih diri..betul tak?nanti bila ramadhan dah bersedia..

Ni nak share sikit apa yang bagus n digalakkan di bulan syaaban..


  • Memperbanyakkan puasa sunat Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan  Syaaban  ini. " 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. - Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan  Syaaban , bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." ~ Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin.
  • Bertaubat - Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. " Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan  Syaaban , baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan  Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. 
  • Memperbanyakkan amalan sunnat di malam dan siang hari - solat sunnat awabin, rawatib, solat tahujjud, solat hajat, solat dhuha, membaca al-quran, menghafaz dan banyak lagi.
Banyak amalan yang boleh kita lakukan, yang penting kena tanam sifat rajin..Jangan malas-malas..Ingat, hidup kita bukan hanya didunia..Kita belum tahu sampai bila hidup kita..Jangan tunggu tua or dah pencen baru nak buats semua..

p/s : nak baca pasa nisfu syaaban? leh link ke iluvislam..menarik untuk di baca..^_^



LIKE??KASI KOMEN SIKIT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...